Skip to main content

Rencana

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya...

united-palace.jpg
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kusangka United kembali menang, rupanya kalah di tempat sendiri.

Aduh, perit sungguh buat peminat Manchester United apabila pasukan mereka menghadapi kekalahan pertama musim ini, lebih-lebih lagi di tempat sendiri.

Lengkap sudah tiga perlawanan pertama musim ini dengan United menang sekali, seri sekali dan kalahpun sekali.

Dua mingggu lalu, mereka memberikan harapan besar buat peminat selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Chelsea di Old Trafford, namun Sabtu lalu, harapan itu kembali musnah selepas tewas 1-2 kepada Crystal Palace di gelanggang keramat yang sama.

Benar, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, namun permulaan yang baik, sedikit-sebanyak akan mempengaruhi prestasi sepanjang musim ini.

Aksi Sabtu lalu membuktikan kerapuhan benteng skuad The Red Devils itu biarpun diperkasakan dengan pertahanan temahal dunia, Harry Maguire (£80 juta-RM412 juta), lebih-lebih lagi ketika dibolosi dalam waktu kecederaan.

Dua sepakan percuma di depan gawang, posisi yang cukup digemari Juan Mata yang sekadar dimasukkan pada minit ke-85, disia-siakan ke udara oleh Marcus Rashford dan Paul Pogba.

Rashford juga, selepas mengambil semula peranan selaku pengambil sepakan penalti daripada Paul Pogba, dia pula sekadar mencari tiang gol.

Baru sahaja mereka menandakan kepulangan mereka ke dalam kelompok elit Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan besar ke atas Chelsea dalam perlawanan pembukaan, yang disambut dengan hilai dan tawa keriangan penyokong meraka seakan-akan sudah menjuarai liga, namun hari ini, mereka lebih menghampiri kedudukan ruji musim lalu (tangga keenam) dan peminat mereka juga sudah kembali ke resmi lama, berkhemah di dalam gua, sambil mengemaskini status berkaitan kucing dan resipi masakan dalam laman sosial.

Advertisement

Must Watch Video