Penjaga gol paling dihormati, S.Kumar, mengejutkan peminat dan komuniti hoki apabila dia gagal ujian doping.
Dia sendiri tiada jawapan apa yang dimakan dan diminumnya sehingga dipersalahkan menggunakan bahan terlarang jenis sibutramine daripada ujian doping dalam Piala Asia 2017 di Dhaka, Oktober lalu.
Ini merupakan tamparan besar untuk atlet yang telah mewakili negara selama hampir 19 tahun setelah melalui tragedi buruk pada 2015 dengan pemergian anak lelakinya, Harshenn, ketika dalam persiapan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium.
‘The Boss’ Mirnawan Nawawi membela kebenaran Kumar yang dikenali sebagai seorang pemimpin, bertanggungjawab, komited dan patriotik.
Malah, penjaga gol 38 tahun kelahiran Negeri Sembilan itu yang pernah dianugerahkan Penjaga Gol Terbaik All Stars Asia dan Piala Asia juga digugurkan daripada Program Podium 2018.
Walaupun pernah terlintas dalam fikirannya untuk bersara namun disebabkan khidmat dan kepakarannya diperlukan, S.Kumar terus melalui segala cabaran emosi, mental dan fizikal untuk menjaga gawang gol skuad hoki negara.
Hasil komitmen itu menyaksikan Kumar masih kempunan beraksi dalam Sukan Olimpik namun berjaya membantu Malaysia layak ke Piala Dunia 2018, India.
Pasti keliru dan bingung dengan situasi doping ini, Kumar mengambil keputusan untuk tidak mengadakan ujian sampel B dan akan membuat rayuan supaya hukuman maksimum dua tahunnya akan dikurangkan.
Selain Kumar, Malaysia dibadai tiga lagi isu doping tahun ini apabila Hafifi Mansor (angkat berat), Ng Yan Yee (terjun) dan Mohammad Rafi Abdul Manaf (muay thai) juga gagal ujian doping.