Skip to main content

Rencana

Korban atlet?

faithal-hassan.jpg
Pemerhati sukan negara mencadangkan pelan alternatif mengurangkan jumlah atlit menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 jika temasya tetap berjalan Julai depan.

Ia bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 yang sudah mengorbankan ribuan penduduk seluruh dunia.

Cadangannya ialah mengurangkan jumlah atlit, jurulatih, pegawai, petugas media dan penonton agar tuan rumah serta IOC dapat mengawal pergerakan dengan lebih baik.

Untuk rekod, Sukan Olimpik Rio 2016 menyaksikan hampir 17,000 atlit, pegawai dan petugas tuan rumah terbabit - tetapi belum dicampur dengan jumlah penonton.

Cuma, adakah cadangan mengurangkan jumlah atlit di Olimpik Tokyo langkah yang wajar?

"China dijangka menghantar jumlah kontinjen lebih kecil berbanding Rio, begitu juga dengan beberapa negara eropah yang terkesan dengan jangkitan Covid-19".

"Bagi Malaysia, MOM (Majlis Olimpik Malaysia) boleh mempertimbangkan langkah mengurangkan jumlah atlit yang tidak memiliki peluang raih pingat dengan beri keutamaan terhadap sukan seperti basikal trek, terjun dan badminton.

"Bagi penonton, tuan rumah perlu mengambil langkah penting menempatkan pegawai kesihatan dan keselamatan untuk tujuan pemeriksaan. Lebih penting, pergerakan penonton perlu dikawal ketat".

"IOC patut mengetuai pelan ini," kata pemerhati sukan negara, Dr Mohamad Faithal Hassan.

Bagaimanapun, langkah ini pasti tidak disenangi atlit.

Saksikan Nadi Arena untuk perkembangan Olimpik Tokyo 2020.

Advertisement

Must Watch Video