Barcelona bertuah mendapat khidmat dua pemain Brazil untuk memperkuat barisan musim baru nanti.
Arthur Melo, menjaringkan gol cantik dalam penampilan pertamanya bersama Barcelona. Malcom pula memastikan dia menjalankan tugas sebagai pemain terakhir yang menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti bagi kemenangan 5-3 Barcelona ke atas Tottenham Hotspur dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa.
Kedua-duanya baru sahaja ditandatangani bulan ini - bermula dengan penghijrahan Arthur dari Gremio pada 9 Julai dan diikuti kisah penuh kontroversi Malcom pada minggu lalu tetapi mereka tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan kemampuan sebaik diberikan peluang.
Penyertaan Malcom sebagai pemain ke-40 Brazil di Barcelona dikatakan paling berbaloi kerana melibatkan nilai di bawah pasaran. Malcom berhijrah dari Bordeaux ke Barcelona dengan nilai 41 juta euro, 4 juta euro lebih murah berbanding anggaran yang diletakkan kebanyakan pihak.
Ada juga laman web Inggeris yang yakin Malcom mampu dijual pada nilai 64 juta euro susulan kecemerlangannya yang diangkat sebagai salah seorang pemain bawah 21 tahun terbaik dunia.
Barcelona juga dianggap beruntung kerana keputusan itu dibuat Malcom ketika dia juga didambakan pasukan lain yang bukan calang-calang tatkala AS Roma dengan bangganya sudah pun memukul canang penyertaan Malcom ke dalam pasukan gergasi Itali ini, dua hari sebelum itu.
Barcelona juga nampaknya tidak kisah dilabel pasukan "perampas" pemain kerana sebelum kontroversi berkaitan Malcom, mereka sudah mempunyai sejarah panjang dengan Liverpool sebelum akhirnya boleh mengikat Philippe Coutinho secara rasmi.
Namun mungkin juga masalah rumit yang terjadi sebaik Barcelona mendapatkan khidmat Arda Turan dan prestasi buruk Ousmane Dembele yang "indah khabar dari rupa" boleh menjadi teladan kepada pengurusan kelab ini untuk mengambil pemain berkualiti dengan cara yang lebih disenangi bukan setakat sah disisi undang-undang sahaja.