Presiden Brazil, Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dan pengadil semuanya berperanan dalam menafikan Lionel Messi kejuaraan pertamanya bersama pasukan kebangsaan Argentina – sama ada secara terancang atau tidak disengajakan.
Dan ‘pemenang’ terbesar haruslah pengadil berusia 41 tahun dari Ecuador, Roddy Zambrano, yang namanya akan menjadi ingatan – sama ada sebagai ‘petualang’ pada pengamatan Argentina dan seluruh penyokongnya atau ‘wira’ kepada Brazil dan peminat skuad Selecao itu.
Argentina tewas 0-2 kepada Brazil dalam separuh akhir Copa America di Belo Horizonte pagi kelmarin, yang segera dipersalahkan Messi kepada tahap pengadilan yang “mengarut”.
Gara-garanya Messi terus ketandusan trofi utama bersama La Albiceleste – daripada sembilan kejohanan utama antarabangsa, dia menanggung kekecewaan dalam setiap satu daripadanya bersama Argentina.

Cuma, ia tidak segera disusuli pengumuman persaraannya sebagaimana selepas kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti 2-4 kepada Chile dalam final Copa America Centenario 2016 yang dianjurkan Amerika Syarikat.
Sebaliknya, kapten Argentina berusia 32 tahun itu dalam temu bualnya dengan Agence France-Presse (AFP) berikrar untuk melanjutkan karier antarabangsanya dengan jangkaan peluangnya akan lebih baik apabila Argentina dan Colombia menjadi penganjur bersama Copa America 2020 – edisi keempat kejohanan itu dalam tempoh lima tahun.
Di samping itu, Piala Dunia 2022 di Qatar harus turut menggamit kedatangannya.
Apakah yang membuat Messi berang selepas kekalahan kepada Brazil kelmarin?
Pertama, keputusan itu dirasakannya tidak adil buat Argentina yang menguasai sebahagian besar perlawanan, dengan statistik menunjukkan mereka melakukan 14 percubaan berbanding hanya empat oleh Brazil.
Kedua, dakwaannya bahawa pengadil, Zambrano, bersikap berat sebelah dengan kebanyakan keputusannya memihak tuan rumah, termasuk dua faul ke atas Nicolas Otamendi dan Sergio Agüero, tidak diberikan sepakan penalti.
Ketiga, video bantuan pengadil (VAR) langsung tidak dirujuk dalam kedua-dua insiden berkenaan – yang puncanya hanya didedahkan 24 jam kemudian.

Laman goal.com melaporkan kehadiran Presiden Brazil, Jair Bolsanaro, untuk menyaksikan pertemuan separuh akhir itu menyebabkan frekuensi radio pasukan kawalan keselamatannya telah mengganggu sistem perhubungan jarak jauh pengadil dengan pasukan di bilik VAR yang diketuai Leodan Gonzalex.
CONMEBOL turut mengesahkan perkara itu.
Di sebalik masalah komunikasi itu didakwa telah diatasi sebelum sepak mula, Zambrano sendiri memilih untuk tidak merujuk kepada teknologi itu sepanjang perlawanan.
Berpengalaman mengadili 250 perlawanan peringkat senior, Zambrano, yang turut pernah mengadili aksi dalam Sukan Olimpik 2016, Piala Dunia B-20 dan Copa Libertadores memang dikenali amat lokek memberikan penalti – hanya 89 sepanjang kariernya.
Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) sudah pun mengemukakan aduan rasmi kepada CONMEBOL terhadap pengadil terbabit tapi kita pun tahu ia hanya akan menghimpun debu di pejabat persekutuan itu kerana tiada apa-apa yang akan mengubah keputusan perlawanan.
Sebagai natijahnya, kita belum melihat yang terakhir daripada kelibat Messi.
Harap-harap genius yang dianggap dari planet asing ini akan menjulang satu trofi utama jua akhirnya sebelum membuat lambaian perpisahan.