Terdapat satu perkataan Jerman untuk mengisahkan individu seperti Jurgen Klopp: Menschenfanger.
Ia bermaksud seseorang yang boleh mempengaruhi orang lain melakukan apa yang dia sendiri tidak berasakan mampu.
Malah, ia juga menjadi penjelasan terbaik kenapa pemain-pemain di bawah pengawasannya bermati-matian untuknya di samping penyokong tidak mudah berputus-asa sekalipun pasukan sedang ketinggalan dalam perlawanan.
Namun, di sebalik keghairahan, kata-kata semangat dan kejayaan masa lalunya, tugas Klopp bersama Liverpool sebenarnya tinggi menggunung.
Ketika dia baru bermula, Liverpool jelas sebuah pasukan yang perlu menunjukkan peningkatan. Dan daripada perlawanan pertama kendalian Klopp ketika berdepan Tottenham, pasukan menyerlahkan lebih tenaga – mereka berlari dan berusaha lebih daripada sebelumnya.
Cuma satu perkara dilihatnya kekurangan, iaitu atmosfera di Anfield. Tidak hanya dia yang bersemangat dari garis tepi padang, Klopp menuntut penyokong turut menunjukkan keghairahan yang sama.
Pernah selepas satu kekalahan 2-1 di Anfield kepada Crystal Palace – kekalahan pertamanya selaku pengurus Liverpool – Klopp memberitahu sidang akhbar bahawa dia berasa keseorangan apabila penyokong meninggalkan stadium sejurus Palace menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.
Sebulan kemudian, sesudah The Reds diikat West Brom 2-2, Klopp dan barisan pemainnya pergi mendapatkan penyokong untuk menyatakan rasa terima kasih mereka.
Ia kemudian didedahkannya betapa dia berasa terhutang budi kepada The Kop di atas “suasana terbaik sejak kedatangan saya ke sini.”
Ramai penyokong yang memperlekehkannya kerana West Brom adalah pasukan belasahan tapi mesejnya jelas: “Inilah yang akan berlaku jika kita semua bersatu-padu: Pemain-pemain akan bersungguh-sungguh jika penyokong juga demikian.”
“Semua orang suka diberitahu bahawa mereka penting dan Jurgen sangat bagus dalam aspek itu. Dia memberitahu pemain-pemainnya betapa cemerlangnya mereka, begitu juga kepada penyokong. Maka, anda akan hadir di Anfield dengan berasakan anda salah seorang peserta,” kata John Gibbons, penyumbang kepada podcast Anfield Wrap, seperti dipetik oleh CNN.
“Saya memberikan segala-galanya dan saya harapkan pemain-pemain saya juga memberi segala-galanya. Kemudian kita lihat apa yang kita akan dapat. Ini membentuk mentaliti dalam pasukan,” kata Klopp dalam satu temu bual baru-baru ini.
Walaupun Liverpool tidak mencabar kejuaraan liga dari musim pertama di bawah bimbingannya – mereka sekadar menduduki tangga kelapan – namun setiap musim mereka menunjukkan peningkatan ke tangga keempat, keempat sekali lagi, tangga kedua dan kini juara.
Bukan semuanya berlaku dalam sekelip mata. Selepas Klopp tewas tiga final bersama Liverpool sebelum menjuarai Liga Juara-Juara tahun lalu – trofi pertamanya selaku pengurus The Reds – di samping terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya satu mata, sudah ada yang meragui kemampuan mereka untuk bangkit.
Namun, tindak balas pasukan daripada kekecewaan itu adalah menakjubkan.
Penantian 30 tahun untuk bergelar juara EPL buat julung-julung kalinya berakhir sudah, dengan margin yang luar biasa juga. Selebihnya, kata orang, adalah bahan sejarah.