Skip to main content

Rencana

Klopp, muka ada senyum!

klopp.jpg
Bagi peminat fanatik Liverpool, berita terbaru bahawa saingan Liga Perdana Inggeris akan kembali bersambung bermula 17 Jun ini sudah pasti merupakan satu berita yang amat menggembirakan. Yelah, penantian kan satu penyiksaan.

Selepas 30 tahun tidak menjulang kejuaraan liga, di saat kejuaraan hanya tinggal seinci untuk dijulang, pandemik Covid-19 pula melanda memaksa saingan liga terpaksa digantung. Seolah-olah seluruh dunia tidak mahu melihat kejuaraan liga kembali ke Anfield.

Tetapi dengan persetujuan dari semua kelab di saingan liga yang bersetuju liga disambung bermula 17 Jun ini, nampak gayanya senyuman mula terukir dibibir pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Masakan tidak, hanya dua lagi kemenangan sahaja, Jurgen Klopp bakal menjadi salah seorang pengendali lagenda bersama kelab yang penuh dengan sejarah itu. 





Namun dalam bola sepak, apa sahaja boleh terjadi, mungkin dengan satu kemenangan pun sudah mencukupi andai pasukan di tangga kedua, Manchester City tewas. Atau juga mungkin Liverpool perlu menunggu lebih dari dua perlawanan andai mereka gagal meraih tiga mata dalam dua perlawanan awal.

Saingan di zon relagasi tidak kurang hebatnya, kerana Bournemouth, Aston Villa dan Norwich City masih berpeluang untuk keluar dari kedudukan tiga terbawah andai mampu meraih kemenangan dalam baki perlawanan liga.




Bagaimanapun, harus diingat bahawa tarikh 17 Jun itu masih tidak tetap kerana pihak Liga Perdana Inggeris menetapkan syarta-syarat ketat yang harus dipatuhi demi mengelakkan penularan wabak covid-19.

Keselamatan, kebajikan dan kesihatan para pemain, pegawai mahupun penonton harus menjadi keutamaan supaya pandemik covid-19 tidak kembali menular. Andai perkara buruk itu terjadi kembali, mungkin benar gurauan peminat bola sepak, "satu dunia tak mahu Liverpool julang kejuaraan liga"

Advertisement

Must Watch Video