Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, pastinya individu paling gembira dengan pengumuman pihak pengurusan Liga Perdana Inggeris mengenai penyambungan perlawanan liga bermula 17 Jun ini.
Di atas kertas, Liverpool hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga selepas 30 tahun melalui fasa 'penantian satu penyeksaan'. Bahkan ada kemungkinan mereka hanya memerlukan satu sahaja perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan andai pasukan di tangga kedua, Manchester City tewas perlawanan berdepan Arsenal di Stadium Etihad nanti.
Jadi, andai Liverpool benar-benar menjadi juara nanti, pengendali dari Jerman itu sedar bahawa keraian biasa seperti perarakan beramai-ramai di atas bas sambil dihadiri ribuan peminat tidak akan dapat dilakukan. Hal ini pasti mengecewakan buat pemain dan penyokong kerana ianya merupakan suatu acara tahunan buat pasukan yang muncul juara liga.
Walaubagaimanapun, Klopp berkata sambutan kejayaan mungkin boleh ditangguhkan sehingga tiba waktu yang sesuai. Pertama sekali, penyokong Liverpool mesti dibenarkan berkumpul beramai-ramai kerana ianya umpama syarat wajib untuk meraikan kejayaan pasukan. Malah Klopp sendiri tidak kisah dianggap gila andai ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.
Pendapat peribadi penulis, andai Liverpool muncul juara liga, mereka mungkin boleh membuat satu mekanisme yang membolehkan semua penyokong Liverpool meraikan kejayaan mereka secara atas talian. Siapa tahu andai perkara itu berlaku dengan baik, Liverpool akan menjadi pasukan pertama di liga perdana yang mencipta kaedah sambutan atas talian barangkali.
Bukan apa, penulis cuma risau mungkin jika sehingga musim hadapan masih tidak dibenarkan pengumpulan beramai-ramai, tak kan nak tangguh sambutan sampai bertahun-tahun? Tambahan pula bagaimana jika ada pemain yang sudah keluar dari Liverpool. Siapa tahu entah-entah Klopp juga sudah berhijrah ke pasukan lain? :)
The Reds bakal bertemu Everton dan Crystal Palace, dua perlawanan yang amat penting bagi Liverpool sejak kali terakhir memenangi liga pada tahun 1990.