RENCANA
Kita tenang atau dalam bahaya
Mungkin secara peribadi Chong Wei seolah olah dapat tonik baru. Duduk di rangking 19 dunia pasti mahu di atasi segera kerana Rio makin mahu disahkan kehadirannya dengan kadar segera. Baik, kini berbaki 3 lagi sirkit super series Chong Wei tampak bersungguh sungguh dalam berdepan dengan tugasan penting ini.
Lama kelamaan penulis mula memikir..lain lain pemain dimana? Adakah mereka belajar dari apa yang dilalui Chong Wei atau mahu sekadar melengkapkan kuota. Lihat bagaimana Jepun, Denmark dan Chinese Taipei mahupun India kini sedang sibuk mempersiapkan barisan badminton masa depan mereka.
India dengan Parupali Kasyap diranking 10 dunia manakala seorang lagi K Srikanth di kedudukan 6. Siapa mereka ini. Mungkin dikalangan kita langsung tidak mengenali. Dalam senarai terbaru 20 rangking terbaik BWF China punya 3 wakil, India 3, Denmark 2, Hong Kong 2, Chinese Taipei 2. Malaysia tetap dengan Datuk Lee Chong Wei sahaja. Apa sudah jadi? Nak diajukan pada siapa? Bukit Kiara sunyi atau mahu tunggu lagi.
Iklan
Nasib yang lebih meggerunkan adalah di kem wanita. Tiba-Tiba nama Carolina Marin menjadi bualan. Pemain Denmark ini yang pernah berlatih di Chipawung Indonesia kini kukuh selaku pemain nombor satu dunia. Pemain terbaik wanita Malaysia di pentas dunia kita sekadar boleh berbanggga dengan Ti Jing Yee yang berkedudukan di tangga 39 dunia. Sampai bila kita kena tunggu dan terus menunggu.
Kini sudah tiba masanya, keluarga badminton harus muhasabah dan adakan plan jangka panjang untuk skuad wanita Malaysia. Masih ada masa jika kita serius. Pendedahan pemain muda di peringkat lebih tinggi bakal membantu corak permainan walaupun terpaksa keluar awal.
Moga mimpi keluarga badminton Malaysia akan kekal lama..
Must-Watch Video