Skip to main content

Rencana

Kisah hidup Irfan inspirasi terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zarif.jpg
"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu." 

Itu pepatah paling tepat buat penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddin, apabila beliau yang dahulunya seorang budak bagasi, kini bergelar penjaga gol skuad kebangsaan.


Pemain berusia 24 tahun itu mendapat panggilan sulung skuad negara untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste dan aksi persahabatan antarabangsa bertemu Nepal, Jun ini.

Mesra dipanggil Panjang atau Irfan, dia menggantikan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang mengalami kecederaan.

Namun, sebelum berada di pentas tertinggi, dia berdepan pelbagai cabaran khasnya ketika memulakan karier bola sepak bersama Air Asia Allstars FC pada tahun 2015 dalam Liga FAM ketika berumur 19 tahun. 

Ketika itu dia juga bekerja sebagai ejen ramp atau dalam istilah mudahnya 'tukang angkat bagasi'. Jika tidak beraksi dalam bola sepak, dia kembali ke rutin harian berkerja di lapangan terbang bagi memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan.

Selepas kontrak dengan pasukan amatur berakhir, Irfan disambar Selangor pada tahun 2016 sebagai penjaga gol ketiga, namun tidak membuat sebarang penampilan selama semusim dalam liga.

Gagal mendapat tempat dalam skuad The Red Giants, dia menyertai pasukan 'adik', PKNS FC, pada 2018 dan beberapa kali membuat penampilan sebelum cemerlang menjadi penjaga gol utama pasukan itu musim ini.

Dia mencuri tumpuan apabila berjaya memastikan gawang PKNS FC tidak bolos dalam lima perlawanan ketika aksi awal liga sekali gus memikat barisan kejurulatihan skuad negara.

Tahniah buat Irfan dan semoga maju jaya. Kisah anda sememangnya mampu menjadi inspirasi terbaik kepada mereka di luar sana!

Advertisement

Must Watch Video