Skuad hoki negara bertuah kerana memiliki Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal sanggup beri apa saja dalam persiapan menghadapi play-off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Antaranya mendapatkan khidmat bekas penyerang berbisa Australia, Jamie Dwyer selain menyertai jelajah eropah dengan mengadakan aksi persahabatan menentang Belgium, Belanda, Jerman dan Sepanyol.
Itu belum ditambah dengan program di Korea Selatan dan Jepun. Jika dicampur semuanya, mencecah RM1 juta.
Antara semua program ini, program latihan bersama Dwyer mencetuskan perdebatan.
Bekas penyerang terbaik dunia ini cukup dihormati tetapi mengapa Malaysia selalu bergantung kepada individu luar negara?
Bukankah perancangan ini akan membabitkan kos lebih tinggi?
Bagaimana dengan bekas penyerang handalan negara?
Datuk Mirnawan Nawawi, Norsaiful Zaini dan Mohamad Abd Hadi antara nama yang boleh dipertimbangkan memandangkan mereka juga memiliki reputasi hebat di pentas antarabangsa.
Mirnawan contohnya, mengumpul 327 kap (sejak 1989-2002) dengan menjaringkan 209 gol.
Pencapaian ini hampir menyamai Dwyer dengan 326 kap (2001-2016) dengan 215 gol.
Saya tidak menentang Dwyer, beliau memang hebat.
Cuma persoalan mengapa kita kerap mengambil khidmat orang luar sedangkan jaguh sendiri pun ada kepakaran sama?
KHM ada alasan tersendiri. Tetapi saya puji kesungguhan badan induk itu memenuhi apa jua keperluan skuad negara menghadapi kelayakan Olimpik.
Mungkin jika Ketua Jurulatih, Roelant Oltmans sebut nama Ric Charlesworth (Jurulatih Legenda Australia) pun KHM sanggup.
Kepada pemain, gunalah peluang ini sebaik mungkin. Pasukan lain hanya mampu melihat apa yang anda nikmati.
Balas dengan tiket Sukan Olimpik Tokyo - tamatkan kemarau 20 tahun.