Sukar untuk bertemu dengan raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan.
Saya terpaksa mohon kebenaran beberapa pihak sebelum Khairul Hafiz setuju untuk ditem ubual - -pertemuan pertama kami selepas Sukan Asia Indonesia (September 2018).
Dia seperti biasa, murah dengan senyuman walaupun kehilangan rekod 200M kebangsaan yang kini dipegang Alexander Russel Taib dengan catatan 20.77 saat.
"Rekod untuk dipecahkan, bukan dipegang," katanya ringkas. Saya tahu dia sudah dua bulan berada di Institut Sukan Negara (ISN).
Saya mula mengorek cerita apa sebenarnya perancangan anak buah Mohd Poad Kassim itu.
"Saya sedang menambah otot (muscle mass). Jad Adrian (Ketua Unit Ketahanan dan Kekuatan Atlit ISN) sudah merangka program khas untuk tambah berat badan saya kepada 5kg lagi.
"Saya perlu lakukan perubahan untuk catat masa lebih pantas," kata Khairul.
Saya yakin itu cara terbaik untuk Khairul.
Fizikalnya kurus tetapi memiliki frekuensi larian yang tinggi. Kelebihan itu boleh ditingkatkan dengan menambah kekuatan otot paha dan kaki.
Saya tahu juara remaja dunia, Lalu Mohammad Zohri konsisten dengan catatan 10.20s ke bawah. Jadi Khairul perlu lakukan perubahan untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea Filipina, November depan.
Saya tidak mahu mengulas panjang kerana perkara ini antara rahsia Khairul. Saya doakan usaha ini akan berhasil.