Menjelang temasya Kuala Lumpur 2017 yang berbaki 30 hari lagi, kehangatan kian terasa apabila atlet-atlet negara terus mengukir kebanggaan buat Malaysia.
Selepas kejayaan yang dipamerkan oleh dua atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, dengan masing-masing meraih pingat emas dalam acara lontar peluru (F20) dan lompat jauh (T20), kini tanggal 18 Julai 2017 menjadi satu lagi tarikh yang diingati oleh rakyat Malaysia.
Satu lagi sejarah baru dicipta oleh atlet kelahiran Melaka, Khairul Hafiz Jantan, yang melenyapkan rekod 49 tahun acara 200m milik Tan Sri Dr. M. Jegathesan.
Rekod Jegathesan 20.92 saat lebur di tangan Khairul Hafiz dengan catatan masa baharu, iaitu 20.90 saat, dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia edisi ke-94di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Khairul Hafiz merupakan pelari terpantas meninggalkan blok permulaan untuk melintasi garisan penamat dengan masa 20.90 saat, kelebihan 0.02 saat mengatasi rekod Jegathesan.
Kejayaan ini menyusul selepas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) itu mencatatkan rekod baru 10.18 saat dalam acara 100 meter dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2016.
"Rekod ini sangat bermakna selepas 49 tahun gagal dipecahkan tetapi saya yang dilatih oleh Mohd Poad Kassim berjaya melakukannya. Ini sesuatu yang tidak dijangka," kata Khairul Hafiz selepas kejayaannya.
Bagaimanapun, kejayaan ini bukanlah satu jaminan buat Malaysia untuk menggapai pingat emas dalam acara riben biru ini, namun ia bagaikan satu sinar dan petanda bahawa atlet berusia 19 tahun ini bakal menggegarkan Stadium Nasional, Bukit Jalil bulan hadapan.
Mengambil petikan daripada stadiumastro.com, jurulatihnya, Mohd Poad, menganggap anak buahnya itu mampu berlari lebih kencang lagi dengan berkata: "Insya-Allah dia akan pergi lebih laju lagi. Saya menyasarkan dalam Sukan SEA nanti, dia akan melakukan 20.80 saat."
Dengan hadirnya Khairul Hafiz bersama Nixon Kennedy, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisham Abdul Manap, Malaysia berada di dalam landasan terbaik bagi meraih pingat emas dalam acara 4x100m.
Sudah pasti doa dan sokongan rakyat Malaysia mengiringi semua atlet yang bakal berjuang demi negara dalam Sukan SEA.
Tidak mustahil Malaysia mampu mengulangi kejayaan 16 tahun lalu untuk muncul juara keseluruhan temasya dwitahunan itu.
Ayuh Malaysiaku!