Arsenal mungkin telah memenangi Piala FA musim lalu dan menundukkan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan Perisai Komuniti, Sabtu lalu, sebagai pembuka tirai bagi musim baru 2017-18 ini tapi terus dibelenggu isu-isu di luar padang dalam pemburuannya terhadap kegemilangan.
Sebahagian besar penyokongnya mahukan pengurus, Arsene Wenger, berundur tapi warga Perancis itu tetap memilih untuk menandatangani lanjutan kontrak pada Jun lalu.
Wenger telah pun berada dalam jawatan itu untuk hampir 21 tahun dan kontrak baru itu akan mengekalkannya di Stadium Emirates sekurang-kurangnya sehingga 2019.
Sebagai mengeruhkan lagi keadaan, dua ‘pemberontak’ dalam pasukan, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil – dua pemain paling diharapkan dalam barisan Arsenal musim lalu – belum lagi menurunkan tanda tangan ke dokumen kontrak baru.
Penyerang antarabangsa Chile, Sanchez, kekal prolifik musim lalu dengan menyumbang 24 gol dalam liga dan jika dia memilih untuk berpindah menjelang tarikh akhir jendela perpindahan 31 Ogos ini, ia harus menjadi malapetaka buat The Gunners.
Dalam pada itu, Arsenal juga telah membawa masuk tonggak Perancis, Alexander Lacazette, yang menjaringkan 37 gol untuk Lyon dalam semua pertandingan musim lalu, untuk meningkatkan kuasa ledakan pasukan.
Namun, ia kekal satu tugas amat sukar untuknya memacu Arsenal menggapai kejuaraan.
Dan buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, Arsenal tidak akan bersaing dalam Liga Juara-Juara – sesuatu yang mungkin membantu mereka memburu kegemilangan domestik musim ini.
Seperti Arsenal, terdapat sebuah kelab lagi yang mungkin dikerah melepaskan pemain terbaiknya musim ini – Liverpool.
Barcelona sejak akhir-akhir ini memusatkan tumpuannya terhadap hero Merseyside, Philippe Coutinho, yang dilihat mereka sebagai pengganti buat Neymar yang telah membawa haluan ke Paris St-Germain (PSG) dengan tanda harga GBP 198 juta (RM1.1 bilion) di atas kepalanya.
Coutinho meledakkan 13 gol dan tujuh bantuan jaringan musim lalu di samping memainkan peranan penting untuk Liverpool berkesudahan di tangga keempat dalam liga.
Namun, andai dia memilih untuk mengikut nalurinya ke Sepanyol bagi mengejar kejuaraan utama, The Reds akan berdepan tugas sukar bagi mendapatkan pengganti setanding.
Kejuaraan EPL mungkin di luar jangkaan Liverpool musim ini tapi mereka lebih daripada berupaya untuk mengisi kelompok enam teratas.
Pengurus, Jurgen Klopp, telah mendatangkan khidmat Mohammed Salah, yang menonjol selaku bintang Roma musim lalu di samping pemain muda sensasi dari Chelsea, Dominic Solanke, yang dinobatkan pemain terbaik England dalam kempen Piala Dunia Bawah 20 Tahun yang dijuarai mereka.
Kedua-dua Arsenal dan Liverpool harus gembira andai berkesudahan dalam kelompok empat teratas yang menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara di sebalik kedudukan enam teratas adalah kepastian buat mereka.
Sebuah pasukan lagi yang diramal menamatkan saingan dalam kelompok separuh atas ialah Everton, yang telah mengubah wajah pasukan untuk kempen musim baru ini.
The Toffees telah menjual Romelu Lukaku dengan yuran GBP75 juta (RM418 juta) kepada Manchester United dan melaburkan keuntungan itu dengan membawa masuk bakat-bakat yang bagus.
Wayne Rooney kembali ke kelabnya ketika zaman kanak-kanak selepas tidak lagi menjadi calon tetap kesebelasan utama di Old Trafford dan dijangka mengetuai cabaran Everton.
Seorang lagi bekas pemain Manchester United, Michael Keane, yang disifatkan salah seorang pemain pertahanan terbaik dalam liga, turut menyertai kelab Merseyside itu.
Bintang Belanda, Davy Klaassen, turut tidak ketinggalan menyertai “revolusi” Ronald Koeman di Everton, sekaligus mengangkat mereka selaku antara pencabar yang wajar diberi perhatian musim ini.
(bersambung ke bahagian akhir)