Berlawanan dengan gembar-gembur pra-musim dan diperkuatkan dengan pembelian pemain termahal dunia ketika itu, Paul Pogba, serta kembara bola sepak, Zlatan Ibrahimovic, Manchester United sekadar menamatkan musim lalu di tangga keenam.
Tapi, The Red Devils adalah antara pilihan hangat untuk menjulang kejuaraan musim ini. Sebabnya – kemampuan berbelanja besar di samping rekod musim kedua Jose Mourinho selaku pengurus.
United setakat ini telah melaburkan lebih daripada GBP100 juta (RM557 juta) untuk menandatangani Romelu Lukaku, Victor Lindelof dan Nemanja Matic.
Segala ura-ura mereka akan turut diperkuatkan oleh kembalinya Cristiano Ronaldo ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lebih daripada sekadar wayang mainan pemenang empat kali Ballon d’Or itu yang kesudahannya memilih untuk kekal bersama Real Madrid.
Sebelum jendela perpindahan pemain dibuka, Mourinho mengatakan dia memerlukan empat pemain --dan mereka telah mendapatkan tiga – dengan meluangkan satu lagi kekosongan untuk diisi menjelang tarikh tutup jendela perpindahan pada akhir bulan ini.
The Red Devils memerlukan seorang mesin pencetak gol bagi menggantikan Ibrahimovic, lantas tibalah Lukaku, dengan perpindahan legenda kelab, Wayne Rooney, ke Everton sebagai galang ganti.
Jelas sekali Mourinho tidak menaruh sepenuh kepercayaan kepada pemain yang kerap dihimpit masalah kecederaan, Phil Jones dan Chris Smalling untuk mengemudi benteng, lantas membawa kepada kedatangan pemain pertahanan Sweden, Lindelof.
Namun, pembelian terbaik United mungkin Matic daripada kelab pesaing, Chelsea. Dengan kehadirannya di barisan tengah, Pogba akan diberi lesen untuk bergerak bebas menjana serangan – peranan yang dipikulnya dengan berkesan ketika masih bersama Juventus.
Di samping itu, 'The Special One' telah menjulang kejuaraan pada musim kedua di setiap satu kelab yang dibimbingnya pada masa lalu -- Porto (2003), Chelsea (2006), Inter (2010), Real Madrid (2012) dan Chelsea (2015).
Dalam pada itu, ia tidak akan semudah yang diharapkannya kerana Mourinho tahu bahawa United masih dalam proses pembinaan.
Rabu lalu, Real Madrid menyekolahkan United dalam perebutan Piala Super UEFA di Skopje, Macedonia hasil kemenangan 2-1 dan pengurus The Red Devils itu harus melakukan sehabis dayanya untuk mengelakkan kekecewaan berpanjangan ke dalam liga domestik pula.
Jika disorot, pesaing-pesaing utama EPL hampir tidak berubah pada setiap musim sejak beberapa tahun kebelakangan tetapi ada sebuah pasukan yang telah mengubah dinamika liga dengan prestasi konsisten mereka -- Tottenham Hotspur yang tampil naib juara musim lalu.
Mauricio Pochettino memiliki sebuah barisan yang cukup terlatih hingga beliau tidak melihatnya perlu untuk melakukan banyak perubahan ketika jendela perpindahan masih terbuka.
Satu-satunya urusniaga yang telah dilakukan Spurs ialah menjual Kyle Walker dengan tanda harga GBP50 juta (RM278 juta) kepada City tanpa sebarang pembelian sebagai ganti.
Harry Kane rata-rata adalah penyerang terbaik dalam EPL dan dengan 29 gol musim lalu untuk dijulang selaku penjaring terbanyak liga, dan keserasiannya bersama Dele Alli yang menyumbat 18 gol, masih kekal dicemburui ramai.
Tampilkan pula kelicikan Eric Dier dan Christian Eriksen dari barisan tengah, kempat-empat mereka melengkapkan barisan serangan menakjubkan untuk Spurs bukan sekadar menjadi pencabar hebat sekali lagi musim baru ini, malah turut berkemungkinan merajai kancah di England.
Seperti barisan serangannya, benteng pertahanan Tottenham juga adalah yang terbaik dalam liga. Mereka hanya melepaskan 26 gol musim lalu, jumlah bolos paling kecil dalam EPL.
Dengan Hugo Lloris dipertanggungjawabkan di gawang serta gandingan dua bek Belgium, Toby Alderweireld dan Jan Vertonghen di hadapan penjaga gol antarabangsa Perancis itu, jangkakan sebuah pasukan yang langsung tidak akan bermurah hati dengan mana-mana penyerang lawan.
(bersambung)