Masih ada yang mempertikai pemilihan skuad perseorangan lelaki ke Kejohanan Berpasukan Asia yang juga kelayakan ke Pusingan Akhir Piala Thomas.
Kedengaran di jalanan ramai yang tak puas hati dengan senarai nama yang mengiringi Datuk Lee Chong wei, mereka adalah Lee Zii Jia, Soong Joo Ven dan Iskandar Zulkarnaian Zainuddin.
Zii Jia pada pandangan saya adalah pemain berbakat juga sudah membuktikan kredibiliti pemilihan sebagai pemain kedua terbaik di belakang Chong Wei berdasarkan ranking dunia.
Tetapi ranking dunia sahaja tidak memadai dalam membentuk dinamik sesebuah pasukan menghadapi situasi tekanan tinggi.
Ini yang jadi tanda tanya mengapa Joo Ven dan Iskandar dipilih tatkala ada beberapa pemain lain di atas mereka daripada sudut ranking dunia itu.
Persoalan saya adakah pemain-pemain tersebut, sebilangannya berstatus profesional berada dalam prestasi lebih baik berbanding individu yang sudah dipilih Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Negara Datuk Misbun Sidek?
Jujur, saya katakan tidak.
Malaysia secara realitinya tidak menikmati kualiti sehebat China, Denmark , Indonesia mahupun India yang memiliki lebih daripada dua perseorangan yang berada dalam kelompok 20 terbaik dunia.
Melihat kepada bagaimana pemain negara kita yang dipilih untuk berjuang di Alor Setar, Kedah bermula 6 Februari ini berlatih saban hari bersama, setidaknya ada solidariti untuk berjuang.
Adakah memadai untuk mana-mana pemain profesional Malaysia sedia ada di luar sana berupaya cipta serasi seperti itu dalam tempoh sebulan dua, saya berasakan tidak.
Jadi pada waktu Malaysia berdepan kemungkinan besar untuk tidak layak buat julung kalinya ke Pusingan Akhir Piala Thomas yang mereka perlukan daripada kita rakyat Malaysia adalah sokongan, kalau mahu kritik, biarlah membina.