"SAYA rindu turun padang."
Itu ayat pertama diluahkan atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong, sewaktu dihubungi krew Nadi Arena.
Selepas ujian saringan Covid-19, 16 Mac lalu berakhir positif, atlet ini terpaksa dikuarantin di Hospital Sibu dan menjalani ujian sehingga keadaannya sembuh seperti sedia kala.
"Saya dikenali sebagai atlet tukul besi negara, tanpa latihan dan hanya berehat di hospital, saya rasa ada kekurangan.
"Memasuki hari kelima, saya berasa semakin ok, terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan saya dan ayah."
Jackie atlet pertama negara yang dijangkiti Covid-19, dia mendapat jangkitan itu daripada ayahnya.
Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil tindakan drastik bagi mengelak lebih ramai atlet negara mengalami jangkitan.
Sama-sama kita doakan semoga Jackie dan ayahnya segera sembuh dan keadaan negara kembali seperti sedia kala.