Skip to main content

Rencana

Keramat 17 Ogos 2018

safawiii.jpg
Tarikh ini jadi sejarah.

Buat kali pertama selepas 38 tahun, Malaysia mampu berbangga dengan kejayaan skuad bawah 23 tahun negara tewaskan kuasa besar bola sepak Asia, Korea Selatan di kelayakan Olimpik 1980

Di peringkat Sukan Asia, tahun 1974, kira kira 44 tahun lalu, sudah terlalu lama untuk di kenang.

Namun skuad bawah 23 tahun negara buat julung kalinya kembali menyegarkan kenangan lalu menerusi rekod baru yang di cetak di Kota Bandung.

Ternganga ‘oppa’ di Stadium Si Jalak Harupat.

Tidak menyangka sebaik itu kebangkitan skuad negara selepas mengharungi pelbagai kesukaran sebelum tiba di Bandung untuk Sukan Asia 2018.

Merah padam muka pengendali Korea Selatan, Kim Hak Bum.

Sangkaan Malaysia mudah dipatahkan, aksi pada Jumaat diambil mudah menerusi pertukaran 8 pemain baru tanpa kelibat bintang dari Tottenham Hotspur Son Heung Min di kesebelasan utama.

Jangan tipu. 

Ramai juga di antara kita yang menjangkakan keputusan tidak memihak Malaysia.

Dengar nama Korea Selatan sahaja sudah cukup untuk menggambarkan kualiti pemain yang di miliki mereka.

Datang pula dengan kapasiti selaku juara bertahan di Sukan Asia Incheon 4 tahun lalu. Segalanya di luar jangkaan.

Tahniah Datuk Ong Kim Swee dan anak buah kerana sudah berjaya menempatkan pasukan di kelompok 16 terbaik Asia.

Terima kasih Indonesia. 

Di kala anda menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-73, kami bersorak dengan kebangkitan anak muda kami di bumi Indonesia, bumi yang sering membawa tuah kepada pasukan bola sepak kami.

Advertisement

Must Watch Video