Juara dunia dan pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Kento Momota, menjadi senjata utama Kelab Badminton Ampang Jaya dalam Liga Badminton SS Purple League Edisi Kelima.
Momota yang mempunyai ramai peminat di Malaysia pastinya menambah kerancakan SS Purple League yang akan turut menyerikan suasana sukan arena badminton di negara ini yang agak sunyi di penghujung tahun.
Ketika kebanyakan atlet mengambil kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga sebelum bermulanya jadual padat pada tahun baharu 2019, para pemain badminton antarabangsa dan tempatan mengharungi SS Purple League yang membuka tirai kelmarin.
Liga yang pernah dijuarai oleh Kelab Badminton Muar City sebanyak dua kali dan kemudian dijuarai Kelab Badminton Petaling Jaya manakala edisi lalu dirangkul oleh Kelab Badminton Puchong United itu pasti menjadi buruan kelab Momota yang dikendalikan oleh bekas pemain kebangsaan, Ho Khek Mong.
Momota pemain Jepun 24 tahun yang melalui pengalaman terburuk dalam karier apabila digantung kerana terlibat dalam perjudian 2 tahun lalu kembali selepas itu dengan motivasi baru yang membawanya sebagai pemain pilihan untuk menggondol emas di hadapan penyokong sendiri di Sukan Olimpik 2020 Tokyo nanti.
Peminat badminton boleh ke Gem In Mall, Cyberjaya untuk menyaksikan kehebatan Momota dan rakan sepasukanya seperti Chan Peng Soon dan juara remaja dunia berganda, Goh Jin Wei, serta pemain antarabangsa lain antaranya Yoo Yeon Seong (Korea Selatan), Brice Leverdez (Perancis) dan Deng Xuan (China).
Berjuta peminat turut dapat menyaksikan secara langsung perlawanan di Astro Arena saluran 802HD/801.
Kelab manakah yang akan menjadi juara kali ini?
Terus ikuti perkembangan SS Purple League di rancangan Forum juga di laman sosial Astro Arena dengan jadual perlawanan bermula dengan peringkat pertama dari 21 sehingga 24 Disember 2018 dan 26 sehingga 30 Disember 2018, juga dari 2 sehingga 6 Januari 2019. Peringkat kedua pula bermula dari 11 sehingga 13 Januari 2019 di mana kesemua aksi akan dilangsungkan di Gem In Mall, Cyberjaya.
Juara edisi baharu akan dinobatkan di peringkat akhir yang akan dimainkan di Arena of Stars, Resorts World Genting dari 24 sehingga 27 Januari 2019.