Skip to main content

Advertisement

Rencana

Kenapa penonton makin kurang?

asiana-53484.jpg
Entah di mana silapnya sejak bulan Ramadhan lalu sehingga demam Piala Dunia melanda, kehadiran penonton dikebanyakan stadium semakin tmenunjukkan pengurangan ketara.

Terbaru, penulis baharu sahaja membuat liputan perlawanan antara Kedah dan Terengganu pada 17 Julai lalu di Stadium Darul Aman dan cukup mengejutkan, penyokong yang hadir dianggarkan seramai 1,000 penonton. 

Darul Aman sering kali jarang memperlihatkan kehadiran penyokong yang terlalu rendah dengan kebiasaannya mampu mencatat lima ribu penonton secara purata.

Venue lain juga memperlihatkan trend sama seperti di Stadium Hang Jebat yang mempertemukan Melaka dan Pahang, kedatangan penyokong berjumlah 932 sahaja manakala di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, (Kuala Lumpur-Perak) bilangan penonton seramai 1395.

Puncak sambutan dingin peminat bola sepak negara boleh dilihat sebelum ini pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kehadiran penonton sejumlah 43 ribu orang.

Pelbagai pandangan dilemparkan rakan penulis yang juga pengamal media dengan jadikan isu terlalu mudah mendapat akses kepada siaran langsung jadi punca kebanyakan venue lengang daripada penonton.

Penulis nyata bersetuju tentang pandangan ini kerana ada kebanyakan daripada mereka boleh mengakses secara percuma melalui tanpa kebenaran pemegang pihak penyiaran.

Selain itu, isu perlawanan diadakan ketika mood perayaan ada dikaitkan serta perhatian utama diletakkan kepada Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

Bagi penulis, semua faktor itu memberi kesan cuma satu perkara yang mungkin terlepas pandang lagi ialah penulis berasakan bahang Liga Malaysia kebelakangan ini kurang dirasai peminat.

Selain perkembangan terkini pasukan di media-media sosial yang bersifat statik dan 'cliche', penulis perhatikan kurangnya program-program sokongan dalam wujudkan keghairahan peminat sehingga penghujung musim.

Program ini sebagai contoh pelbagai rancangan penerbitan yang beri perhatian mendalam pasukan bertanding di Liga Malaysia sama ada disiarkan di kaca televisyen atau media sosial dan tidak semestinya berbentuk bual bicara bola sepak semata-mata.

Tanggungjawab ini dipikul oleh dua pihak iaitu penganjur Liga Malaysia, Malaysia Football League(MFL) serta unit media persatuan bola sepak atau kelab yang bertanding.

Pengamatan pengurusan di negeri atau kelab mungkin benda ini sebagai kecil atau dianggap tidak beri sebarang impak ketara tetapi percayalah sama ada sedikit atau banyak, ia boleh memastikan ghairah peminat tidak akan terpadam.

Advertisement

Must Watch Video