Ramai tidak memahami kehidupan seorang atlet yang sebenarnya melangkaui lebih daripada apa yang dipamerkan di paparan skrin berita.
Kebanyakan atlet mendapat kecaman yang biasa seperti “berlatih setiap hari pun kalah” dan “labur banyak-banyak pun kalah”.
Bagaimanapun, pernahkah kita sebagai netizen cuba memahami perasaan seorang atlet yang sentiasa cuba memberi prestasi terbaik ketika beraksi dalam sesebuah kejohanan?
Tidak kira sukan apa, pasti setiap atlet negara ingin meraih kemenangan dan semestinya mereka sendiri terasa kecewa apabila tewas walaupun menjalani latihan setiap hari.
Sejak menyertai Astro Arena, liputan saya lebih terarah sukan ragbi 15 sepasukan dan sejak bermulanya kempen negara dalam Kejohanan Ragbi Asia, skuad Bunga Raya tewas ketiga-tiga perlawanan mereka.
Tapi apa yang mengkagumkan saya, walaupun ditimpa kekalahan berturut-turut, semangat skuad ragbi negara masih menebal.
Beberapa kali saya temuduga jurulatih mereka, Brad Mika, yang sering berkata “believe in the process, it’s not about the result” kepada skuad kendaliannya dan ia membuahkan hasil sedikit demi sedikit apabila skuad Bunga Raya menunjuk penambah baikan dalam aksi terbaru mereka menentang Hong Kong.
Walaupun tewas 24-30, namun ia mata yang jauh lebih bagus daripada aksi tahun lalu apabila Malaysia tewas 8-67.
Apa yang cuba saya sampaikan adalah, mungkin tahun ini kita kehilangan ikon badminton dan skuasy kita, iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, apatah lagi masih tiada atlet yang mampu dibandingkan kepada mereka.
Bagaimanapun, jika kita sebagai rakyat bersatu dalam menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada atlet, saya percaya ia tidak mengambil masa yang lama untuk Malaysia melihat jaguh sukan seterusnya tidak kira dalam sukan apa.