Ramai mengeluh di laman sesawang.
“Kenapa masih Januari ya?”
“Terasa panjang betul Januari ni”
Betapa tidak sabarnya kita nak sambut Februari, begitulah tidak sabarnya kita nak dengar khabar berita baik dari dunia sukan tanah air untuk musim 2024.
Jom kita imbas kembali pencapaian sukan domestik kita untuk Januari tahun ini.
Harimau Malaya pulang dari kem Piala Asia Qatar dengan 2 kekalahan dan 1 seri sekaligus raih mata pertama di pentas Piala Asia sejak 1980.
Speedy Tigers gagal menamatkan kemarau 24 tahun ke pentas Olimpik selepas mengakhiri kempen Kelayakan Olimpik Paris di tempat ke-5.
Khabar berita paling baik dari sukan badminton pula adalah Aaron Chia & Soh Wooi Yik akhiri saingan Terbuka India Super 750 di peringkat separuh akhir.
Itu antaranya tapi jangan risau guys, masih panjang lagi tahun 2024. Moga ada sinar buat sukan tanah air kita.
Sekian sahaja “blood, sweat and tears” dari jari jemari saya yang sibuk mengetuk papan kekunci.