Inilah antara soalan yang penulis lontarkan kepada anggota jawatankuasa eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, apabila beliau tampil selaku tetamu program “Dengan Izin” musim keenam.
Apakah jawapannya?
Kenapa exco FAM tidak menawarkan diri untuk meletak jawatan beramai-ramai dan mengikut jejak langkah presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah?
Soalan ini penulis utarakan berikutan senario terkini yang semakin menampakkan kepincangan dalam pengurusan bola sepak tempatan.
Diasak dari pelbagai sudut, FAM tidak dapat lari daripada dihambat peminat.
Selaku badan induk yang mengurus bola sepak tempatan, FAM sentiasa dipantau oleh peminat, pengkritik, Ultras dan media.
Apatah lagi, pengaruh media sosial yang menipiskan lagi garis di antara kebenaran atau kebatilan.
Kesilapan yang kecil akan diperbesar-besarkan manakala ada kalanya keputusan yang bijak ditenggelamkan.
Namun, Yusoff yang juga timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Melaka menepis soalan penulis dengan menyatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah dalam FAM.
Sambil menegaskan keputusan exco FAM untuk mempercepatkan tarikh Kongres pemilihan FAM daripada tarikh asal pada 2018 kepada 2017 mencerminkan hasrat badan induk itu untuk mencari solusi dengan segera, Yusoff cenderung melihat dari sudut yang positif.
Beliau berkata Exco FAM harus mengambil tanggungjawab untuk meneruskan tempoh penggal sehingga 2017 sebelum membuka gelanggang pertarungan.
Namun, beberapa kali Yusoff bersetuju dengan soalan penulis, seolah-olah mengiyakan terlalu banyak isu dalam FAM hanya boleh diselesaikan menerusi kongres yang dijadualkan Mac depan.
Penulis sedikit terkilan tidak dapat mengemukakan soalan berkaitan kunjungan Yusoff menghadapi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana rakaman program itu dibuat dua minggu sebelum pertemuan di Johor Bahru.
Selain menjawab soalan mengenai FAM, Yusoff melayan soalan penulis mengenai kejayaan Melaka United menjulang Liga Perdana.
Apapun Mac nanti harus menyaksikan satu anjakan paradigma!