Manchester United kembali menghidupkan peluang untuk merebut kedudukan empat teratas selepas mencipta kemenangan penting dalam pertemuan berdepan Chelsea di Stamford Bridge.
Sebelum perlawanan, The Red Devils yang menduduki tangga ke 10 amat memerlukan kemenangan andai mahu terus bersaing di kedudukan teratas liga, dan jika tewas, mereka mungkin sudah boleh melupakan saingan Liga Juara Juara Eropah. Chelsea pula terdesak mahukan kemenangan selepas hanya menang sekali dalam lima perlawanan liga.
Kehadiran pemain yang baru dibeli, Bruno Fernandes ternyata mencetus sensasi apabila beliau seringkali membuat pertahanan Chelsea bekerja keras dengan hantaran-hantaran berkualiti kepada pemain serangan. Bruno sendiri hampir menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang terkena tiang. Anthony Martial dan Harry Maguire menjadi duri dalam daging buat The Blues apabila dua jaringan mereka menghadiahkan rasa lega kepada pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer.
Ini merupakan jaringan pertama ketua pasukan Harry Maguire di dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas menyertai United dari pasukan Leicester City. Tanpa berselindung, OGS menegaskan peluang menjuarai liga sudah tertutup buat mereka, namun menegaskan tempat ke Liga Juara Juara Eropah akan menjadi sasaran utama. Andai prestasi konsisten dengan kemenangan dapat diteruskan,peluang masih lagi terbuka, tambahan pula pasukan di tangga kedua, Manchester City digantung dua tahun dari menyertai Liga Juara Juara Eropah yang secara tidak langsung membuka satu lagi tempat kepada pasukan lain.
Bagi Chelsea pula, mereka kurang bernasib baik selepas dua gol oleh Kurt Zouma dan Olivier Giroud dinafikan oleh VAR.
Jaringan Kurt Zouma dibatalkan selepas berlaku kekasaran yang dilakukan CEsar Azpilicueta, manakala gol Giroud tidak dikira kerana sedikit ofsaid (separuh kaki). Kekalahan ini sekaligus menyaksikan Chelsea biarpun masih berada dalam kelompak empat pasukan teratas liga tetapi mereka hanya dibezakan satu mata dengan pasukan ditangga kelima, Spurs, yang akan menjadi lawan mereka hujung minggu ini.