Selepas empat musim berkelana di Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya Safee Sali kembali ke Selangor, tetapi tidak bersama Gergasi Merah namun bersama PKNS FC.
Penulis amat mengenali penyerang kelahiran Kajang ini, sejak beliau mula mencipta nama bersama Kuala Lumpur pada 2003 dan namanya terus melonjak di Liga M bersama Sarawak pada 2005-2006 sebelum bersama Selangor (2007-2010).
Bagi penulis, tonggak negara ketika menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ini membuat pilihan tepat memilih PKNS FC sebagai pasukan barunya.
Mungkin sebahagian daripada penyokong setia Selangor kecewa dia tidak kembali ke pasukan lamanya, namun dengan isu dalaman Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang masih belum terlerai, Safee wajar memilih pasukan dengan pengurusan yang stabil jika mahu kembali ke Lembah Klang.
Dengan usia sudah menjangkau 32 tahun, PKNS mungkin menjadi pasukan terakhir Safee sebelum bersara.
Safee jelas boleh menceburi bidang kejurulatihan di PKNS kerana kelab itu mempunyai banyak pasukan pelapis dalam saingan Liga Selangor, serta program akar umbi menyeluruh.
Secara tidak langsung, PKNS mampu memberi ruang buat Safee membina tapak sebagai seorang jurulatih selepas bersara.
Terdapat ramai pemerhati yang berasa prestasi Safee tidak sebaik ketika 2010 sejak menyertai JDT kerana lebih banyak memanaskan bangku pemain simpanan bersama kelab itu.
Namun, bekas pengendali kebangsaan B. Sathianathan percaya bersama PKNS, Safee mampu bangkit ke tahap terbaiknya sebelum bersara.
"Ia adalah pasukan terbaik buat Safee kembali bangkit kerana PKNS mempunyai struktur pengurusan yang baik serta E. Elavarasan seorang jurulatih berpengalaman.
"Saya percaya jika Safee sedia bekerja keras, Elavarasan mampu membantunya kembali ke tahap terbaik," kata Sathianathan ketika dihubungi penulis baru-baru ini.
Kehadiran Safee jelas membolehkan PKNS memiliki barisan lebih seimbang musim ini kerana selain bekas bintang Liga Super Indonesia itu, mereka turut diperkuatkan dua bekas pemain kebangsaan, Amirizdwan Taj Tajuddin dan Khyril Muhymeen Zambri.
Harapan penulis adalah melihat Safee kembali ke tahap terbaiknya dan bersara ketika berada di kemuncak prestasi bersama PKNS.
Bersama JDT dan Selangor sebelum ini, Safee sudah merasai kesemua kejuaraan utama Liga M termasuk Piala AFC.
Namun, Safee masih belum meraih kejuaraan Piala Malaysia dan mungkin ia boleh menjadi antara sasaran utamanya bersama PKNS FC musim depan.