Skip to main content

Rencana

Keluar dan Masuk

61217bola_2.jpg
Penstrukturan semula undang-undang yang sedang dilaksanakan oleh Football Malaysia Liability Limited Partnership (FMLLP) menyaksikan beberapa pasukan sedang ‘sibuk’ keluar dan masuk dari liga super ke liga perdana dan juga sebaliknya.

Tidak kurang juga beberapa pasukan yang ‘memilih’ untuk keluar dari liga super dan beraksi di liga perdana.

Antara faktor paling utama mengapa beberapa pasukan tersingkir ke liga perdana adalah kerana kegagalan mendapatkan lesen liga super yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Terbaru, Felda United dan T-team sah beraksi di liga perdana untuk musim 2018. Felda tergelincir ke liga perdana atas kegagalan mendapatkan lesen, manakala T-Team diubah menjadi ‘feeder club’ selain penjenamaan semula.

Hal ini ternyata merupakan durian runtuh buat pasukan PKNP dan Negeri Sembilan yang secara automatik layak ke liga super selepas menduduki tangga ketiga dan kelima di liga perdana.

Sebetulnya pasukan di tangga keempat yang layak, tetapi ianya dihuni JDT II yang juga berstatus ‘feeder club’ sekaligus membuka ruang kepada Hobin Jang Hobin untuk dipilih ke liga super.

Dengan Sarawak dan Pulau Pinang terlebih dahulu tersingkir ke liga perdana, ditambah Felda United dan Terengganu II, senarai pasukan yang akan berentap untuk musim  2018 di liga perdana tidak kurang hebatnya.

Penulis merasakan FAM dan FMLLP kini berada di landasan yang tepat untuk menjadikan liga kita yang selama ini tidak beroperasi secara telus,  kembali ke cara yang betul.

Bukan apa, andainya semua pasukan mengikuti keperluan dan syarat yang ditetapkan FAM, ianya akan memudahkan kerja FAM untuk meningkatkan kualiti liga, permainan dan diiktiraf oleh badan rasmi seperti AFC dan juga FIFA.

Advertisement

Must Watch Video