Skip to main content

Rencana

Kejutan RB Leipzig

rb-leipzig-secure-bundesliga-promotion.jpg

Mungkin perhatian yang terlalu lebih diberikan kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) buatkan ramai tidak ketahui apa yang terjadi di saingan Liga Jerman, Bundesliga.

Ketika jangkaan pasukan seperti Bayern Munich atau Borussia Dortmund akan terus kuasai saingan, sebaliknya terjadi apabila pasukan yang baharu dinaikkan pangkat, Red Bull Leipzig mendominasi kedudukan teratas Bundesliga.

Apa rahsia kekuatan Leipzig sedangkan kelab ini baharu ditubuhkan pada tahun 2009 dengan pelesenan pasukan dibantu syarikat minuman tenaga terkemuka, Red Bull.

Dilabel sebagai francais kepada kelab-kelab lain yang turut dapat sokongan Red Bull seperti New York Red Bull dan FC Red Bull Salzburg, kelab ini dibenci sebahagian besar pengikut bola sepak Jerman.

Dimiliki oleh Dietrich Mateschitz, kelab ini menumpukan sebahagian besar kepada pembangunan pemain muda dan punyai pemain rata-rata berusia 23 tahun ke bawah.

Antara pemain paling menyinar ialah pemain Scotland, Oliver Burke serta penyerang Bawah 21 Jerman, Timo Werner.

Nyata polisi itu berbaloi selepas melihat kelab itu mampu naik ke Bundelisga dari Divisyen Lima dalam tempoh enam tahun.

Pelaburan besar terhadap aspek pemain muda nyata menguntungkan Leipzig dalam jangka masa panjang dan kini mereka boleh berbangga sebagai kelab baharu dinaikkan terbaik dalam sejarah 53 tahun saingan Bundesliga.

Dalam 12 perlawanan yang saksikan mereka belum tewas, dua kelab ternama iaitu Bayer Leverkusen dan Borussia Dortmund tumbang di tangan Leipzig.

Pengarah teknikal, Ralf Rangnick dan pengurus, Ralph Hasenhuttl, menjadi dua watak di sebalik cerita dongeng kebangkitan RB Leipzig.

Rangnick sebenarnya adalah orang yang menjadi mentor kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan Dortmund, Thomas Tuchel.

Melihatkan aksi konsisten dipamerkan oleh Leipzig serta jika berjaya meraih kemenangan penting berdepan pencabar utama seperti Bayern Munich, tidak mustahil Leipzig bakal mencipta legasi terbaharu bola sepak Jerman tanpa perlu gunakan pemain bintang. 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found