Musim 2018/2019 di England kini sampai ke penghujungnya dan berbeza dengan liga negara Eropah lain, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) hanya akan ditentukan pada minggu terakhir saingan.
Juara bertahan EPL, Manchester City kini berada di kedudukan lebih baik untuk mempertahankan kejuaraan apabila berdepan Brighton & Hove pada aksi terakhir.
City kini meraih 95 mata selepas 37 perlawanan, diekori Liverpool dengan 94 mata dan akan berdepan Wolves pada aksi terakhir di Anfield.
Di atas kertas, sudah pasti ramai pemerhati bola sepak Inggeris meramalkan skuad kendalian Pep Guardiola akan merakam tiga mata berharga di laman Brighton.
Namun pada penulis, kemampuan Liverpool membelasah Barcelona 4-0 di separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu pasti memberi suntikan semangat buat The Reds.
Secara tidak langsung, ia juga memberi tekanan buat pemain City menjelang aksi dengan Brighton pada Ahad.
Ya, pandangan penulis mungkin kedengaran seperti 'harapan' memandangkan penulis adalah penyokong tegar Liverpool.
Namun, ia tidak mustahil untuk detik magis malam gemilang Liverpool singkir Barca di Anfield berulang kepada detik magis EPL pula kali ini.
Siapa yang menjangka, Liverpool yang tumpas 0-3 pada aksi pertama di tangan Barcelona mampu mara ke final untuk berdepan satu lagi wakil kelab Inggeris, Tottenham Hotspur.
Ketika ini ramai bekas pemain Manchester United, kelab seteru utama Liverpool mengakui The Reds punyai barisan pemain luar biasa musim ini.
Rio Ferdinand, Owen Hargreaves malah bekas pengurus United, Jose Mourinho turut melemparkan pujian kepada Liverpool.
Mourinho menyifatkan keampuhan Liverpool ketika menewaskan Barca adalah kerana pengendali mereka, Jurgen Klopp.
Jadi musim ini mungkin musim 'menjadi' Liverpool di bawah Klopp untuk meraih kejuaraan sulung Liga Perdana dan pada masa sama, menjulang kejuaraan terulung Eropah.
Atau mungkin hanya satu yang akan diraih,.. atau sekali lagi kemarau kejuaraan liga terus berpanjangan?
Segalanya mungkin buat Liverpool musim ini namun, menang kejuaraan atau tidak, penulis akan terus bersama The Reds.
Dengan corak permainan serta taktikal positif yang dibawa Klopp, penulis percaya Liverpool di landasan terbaik untuk mendominasi Liga Perdana dan Eropah selepas ini, dengan City selaku pencabar utama mereka.