Saingan Liga Kem Bola Sepak Remaja Allianz 2019 memasuki edisi ke lapan tahun ini dalam memilih dua pemain muda terbaik untuk memberi peluang menjalani latihan eksklusif di Bayern Munich.
Kali ini, penulis berpeluang menjadi pengacara buat kali pertama setelah lebih kurang setahun berkhidmat buat Astro Arena.
Menariknya, pelbagai aksi disajikan anak-anak muda. Tidak sangka seawal umur mereka, taktikal yang digunakan semasa bermain bola sepak mirip pemain profesional .
Seronok, apabila penulis mendapat peluang bertukar cerita tentang asal dan pengalaman mereka berada di Kuala Lumpur beberapa hari untuk pemilihan 10 pemain terbaik ke pusingan seterusnya.
Memasuki hari ketiga liga, penulis tertarik dengan gelagat wanita sekitar 40-an yang menjadi ‘cheerleader’ di tepi padang.
Apabila ditanya, katanya dia dari Sabah, dan bermodalkan wang sendiri, dia bersama adik dan anak buahnya hadir memberi sokongan padu kepada anak lelaki, Danel Danish yang beraksi sebagai kapten buat pasukan Zon Sabah.
Dia meluangkan hari cutinya sebagai seorang jururawat di sana selain meninggalkan dua lagi anak bersama suami semata mata untuk berada di samping anakya.
“Saya memang selalu ikut dia pergi main bola, jauh ke dekat tak apa. Saya sokong minat dia, janji sukan selari degan pembelajaran” ujarnya.
Jelas kelihatan kegembiraan di wajah Danel dengan kehadiran ibunya bagai aur dengan tebing.
Pengorbanan ini mungkin nampak kecil tetapi besar maknanya untuk mendapatkan sokongan yang terbaik daripada yang tersayang.