Terdapat beberapa perkembangan dalam Serie A di sebalik kedatangan bekas bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, tetapi impak yang dimiliki pemenang Ballon d'Or lima kali itu terlalu besar hingga mengetepikan berita perpindahan pemain-pemain lain.
Kehadiran Ronaldo bersama gergasi Itali adalah amat penting. Buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun, seorang pemain yang berada pada kemuncak prestasi serta bergelar pemain terbaik dunia kini beraksi dalam Serie A. Ia juga merupakan kelebihan buat Juventus dalam meningkatkan lagi peluang mereka untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) selepas tampil dalam dua aksi final sejak empat musim lalu. Bagi Serie A, ia adalah lonjakkan terbaik sejak Itali tidak beraksi dalam Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958.
Tetapi aktiviti perpindahan pemain dalam Serie A agak rancak kali ini selepas dibayangi dengan persaingan antara gergasi Eropah seperti Barcelona, Real Madrid dan Paris Saint-Germain.
Ronaldo bukan hanya satu-satunya perpindahan yang penting dilakukan oleh Bianconeri musim ini -- hadirnya pertahanan kelahiran Portugis, Joao Cancelo dari Valencia dan pemain sayap, Douglas Costa dari Bayern Munich meningkatkan lagi kesebelasan utama pasukan. Di tambah dengan Roma yang kehilangan khidmat Alisson kepada Liverpool dan Napoli yang terpaksa menyaksikan Jorginho dan pengurus pasukan, Maurizio Sarri, menyertai Chelsea -- ia adalah seperti langkah kanan buat Juventus dalam misi menjuarai Scudetto yang kelapan berturut-turut.
Di sebalik kerancakan gergasi Itali membawa masuk pemain baru, kelab-kelab lain turut mengambil inisiatif yang sama -- Penghijrahan Sarri ke Chelsea membuka ruang kepada pengendali berpengalaman, Carlo Ancelotti, menimba pengalaman baru bersama The Naples dan beliau sudahpun membawa masuk pemain-pemain seperti Alex Meret (penjaga gol), Simone Verdi (tengah) dan Fabian Ruiz (tengah) dengan hanya berbelanja sebanyak GBP25 juta (RM130 juta).
Roma yang mencipta kejutan musim lalu dengan menyingkirkan Barcelona memberikan semangat buat pengarah sukan kelab, Monchi, dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka telah berusaha untuk mendapatkan Malcom dari Bordeaux sebelum disambar oleh Barcelona. Bagaimanapun, ketibaan Steven N'Zonzi, Javier Pastore dan Justin Kluivert dilihat sebagai landasan buat kelab selepas mereka kehilangan khidmat Alisson dan Radja Nainggolan.
Dua kelab Milan menawarkan kebangkitan yang menarik bagi musim 2018-19. Inter memperkuatkan jentera pertahanan dengan mendapatkan khidmat Stefan De Vrij dari Lazio dan bintang Croatia, Sime Vrsaljko, yang mempamerkan aksi cemerlang dalam Piala Dunia manakala Nainggolan memberikan keseimbangan jentera tengah bersama-sama Lautaro Martinez dan Keita Balde.
Selepas pelaburan besar yang dilakukan AC Milan pada musim lalu tidak berhasil, kelab ini membawa masuk individu-individu berpengaruh seperti Paolo Maldini dan mengekalkan khidmat Gennaro Gattuso sebagai pengendali pasukan.
Milan mengambil khidmat Gonzalo Higuain secara pinjaman dan Mattia Caldara adalah sebagai daripada pertukaran untuk Leonardo Bonucci kembali Juve, mereka turut mendapatkan khidmat Alen Halilovic dan Tiemoue Bakayoko bakal beraksi di San Siro untuk musim 2018-19.
Lazio merupakan antara kelab besar Itali yang mengambil pendekatan untuk tidak melakukan rombakan besar-besaran -- hanya dengan mendapatkan khidmat Joaquin Correa dari Sevilla.
Kejayaan gelaran liga buat kali kelapan seakan sudah pasti buat Juve, tetapi zaman kegemilangan Serie A merupakan sesuatu dalam pembikinan.