RENCANA
Kedah kena bangkit
Daripada empat perlawanan terakhir, Kedah hanya mampu mengutip dua mata sahaja daripada dua keputusan seri.
Ini satu kerugian kepada Kedah kerana ia membuka jurang perbezaan mata kepada dua pasukan teratas Liga Super iaitu Pahang dan Johor DT untuk terus mendominasi carta Liga Super 2019. Ini tugas yang begitu gentir dan mencabar kepada pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak untuk memastikan anak-anak buahnya terus yakin dengan kemampuan diri.
Kekalahan terakhir ketika menentang Kuala Lumpur tempo hari pasti memberi kesan psikologi yang memdalam kepada barisan kejurulatihan Kedah dan pemain-pemain Kedah kerana tidak berjaya mencipta kemenangan walaupun Kedah mendominasi perlawanan. Ini sudah pasti membingungkan barisan kejurulatihan Kedah bagaimana untuk memastikan anak-anak buahnya perlu mempertajamkan penyudah sementara mengekalkan fokus supaya gol mereka tidak dibolosi oleh lawan.
Iklan
Mengikut statistik jaringan dan bolos dalam empat perlawanan terakhir saingan Liga Super amat membimbangkan kerana daripada jumlah itu Kedah hanya mampu menjaringkan tiga gol dan empat gol dibolosi. Sudah pastilah dengan statistik itu bukan sahaja untuk Kedah perlu mempertajamkan penyudah tetapi perlu juga memperbaiki taktikal bertahan secara berpasukan.
Ini perlu di perbaiki segera oleh Kedah sekiranya ingin mencabar kedudukan tiga terbaik Liga Super kerana Kedah merupakan sebuah pasukan yang mantap musim ini walaupun penghijrahan beramai-ramai berlaku pada musim ini. Sudah pastilah dalam stuasi ini Kedah perlu bangkit dan jangan membiarkan masalah ini terus berlaku supaya ia tidak merosakan keharmonian dalam pasukan Kedah.
Kredit: Kedah FA
Must-Watch Video