Berhati-hati atlet negara, risiko kecederaan lutut meningkat secara mendadak sejak 10 tahun lalu.
Kajian sedang dilakukan mengapa risiko ini meningkat malah ia kian menular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia antara 10-14 tahun.
Antara kecederaan lutut ialah:
1. Anterior cruciate ligamen (ACL)
2. Posterior cruciate ligamen (PCL)
3. Medial callateral ligamen (MCL)
4. Lateral coallateral ligamen (LCL)
5. Patella tendon (PTL)
6. Meniscus
7. Arthritis
Laman web American Academy of Family Physicians (AAFP) yang banyak melakukan kajian mengenai risiko kecederaan: "Sangat sukar untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan ACL".
"Terdapat beberapa kes, individu yang pernah mengalami kecederaan ACL berdepan risiko ditimpa penyakit osteoarthritis atau arthritis pada usia tua mereka," katanya.
Situasi ini mengundang kebimbangan terhadap beberapa atlet negara yang sedang menjalani proses pemulihan kecederaan lutut.
Antaranya Izad Hakimi Jamaluddin (hoki), Low Wee Wern (skuasy) dan Mohamad Irfan Fazail (bola sepak).

Mereka masih memiliki kudrat untuk menyarung jersi negara, namun ia bergantung kepada komitmen dan keinginan mereka menjalani rawatan pemulihan.
Pengarah Bahagian Perubatan Sukan Institut Sukan Negara (ISN) Dr. Arshad Puji, menyatakan "ISN menerima tiga hingga empat kes sebulan membabitkan sukan hoki, sepak takraw dan bola jaring".
"Jika kecederaan tidak ditangani dengan baik, lutut akan longgar dan atlet tidak mampu melakukan aktiviti lasak.
"Malah, untuk tempoh jangka masa panjang, lutut boleh mengalami kecederaan berlarutan (degenerative) dan mungkin menyebabkan struktur lain seperti rawan dan meniscus terjejas. Ini boleh menyebabkan osteoarthritis," katanya.

Sebagai individu yang terbabit dengan aktiviti lasak, situasi ini membimbangkan.
Saya menasihatkan atlet buat persiapan. Bukan sahaja memanaskan badan dengan betul malah dari segi kewangan.
Dimaklumkan, setiap atlet di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) memiliki insurans. Namun, ia lebih kepada untuk menampung pembedahan dan rawatan.
Apa akan berlaku jika mereka digugurkan selepas gagal mencapai prestasi terbaik sebaik pulih?
Justeru, saya sarankan mereka mengambil idea bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo.
"Dia atlet pertama memiliki sendiri pakar pemakanan, doktor, pegawai fisioterapi dan chef. Dia melabur tinggi untuk berada di tahap ini," menurut Rio Fedinand, bekas rakan sepasukan di Manchester United.
Bukan semua atlet Malaysia mampu berada di tahap itu (mungkin Datuk Lee Chong Wei boleh). Tetapi, jika mereka memiliki satu atau dua polisi insurans sendiri, hidup mereka lebih terjamin andai terpaksa bersara awal.
Ingat, risiko kecederaan makin meningkat, begitu juga persaingan. Semua mahu rangkul pingat untuk negara hingga lupa mengenai masa depan sendiri.
Saya hormati semua atlet negara. Mereka wira kita. Selamat berjuang untuk Sukan Asia Indonesia 2018!