Bayangkan lebuh raya di Amerika Syarikat menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti di Malaysia dan pukulan berkelajuan hampir 200 km/j di kejohanan Wimbledon adalah rekod pemanduan, Serena Williams pastinya berdepan kemungkinan menerima banyak surat saman yang dihantar ke kediaman mewahnya bernilai £5.1 juta yang terletak di Beverly Hills.
Servis padu 196 km/j direkodkan Serena ketika membuat penampilan sulung bersama Andy Murray bagi acara beregu - 4 jam setengah selepas tundukkan Julia Georges untuk mengesahkan tempat di pusingan keempat, manakala lain-lain pukulan dibuat sekitar 160 km/j secara konsisten sehingga terbit kata-kata nakal, Serena ada kuasa luar biasa yang melayakkan dia menyertai kumpulan adiwira terkenal ‘The Avengers’.
Antara ciri-ciri utama seorang adiwira adalah tenang dan ketenangan itu jelas menjadi tunjang kejayaannya tundukkan Barbora Strycova dalam menempah pentas akhir ketiga sepanjang tempoh kebangkitan sejak melahirkan anak, Alexis Olympia pada September 2017 - sangat berbeza dengan situasi yang berlaku ketika Serena cetus kontroversi sehingga menenggelamkan sejarah yang dicipta pemain muda Jepun, Naomi Osaka di Terbuka Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.
Dalam tempoh kebangkitan, Serena terpaksa akur berdepan masalah ‘Postpartum Depression’ apabila berperang dengan komitmen sebagai ibu dan keinginan untuk kembali menawan gelanggang dalam kadar segera - ketika kemampuannya merekod gelaran grand slam ke-23 di Terbuka Australia dengan usia kandungan 3 minggu menjadi penanda aras kepada kejutan yang mampu dijelmakan - selain mendorong kepada belenggu kecederaan yang menyaksikan juara 7 kali Wimbledon ini hanya beraksi 12 perlawanan setakat musim ini.
Bagaimanapun dalam satu temu bual yang dibuat ketika perjuangannya di Wimbledon dilihat berada di landasan yang tepat, Serena berkongsi rasa kagum dengan pencapaian nama-nama besar sukan sepanjang 2019, termasuk legenda golf Amerika Syarikat, Tiger Woods yang bangkit daripada kontroversi dan episod hitam kehidupannya dengan kembali menawan kejohanan Masters pada usia 43 tahun, April lalu - seakan menyuntik semangat Serena untuk turut sama berada dalam senarai atlet cemerlang tahun ini.
Kini, Serena hanya perlu bergerak selangkah lagi. Langkah panjang yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam dan individu yang memisahkan Serena dengan kejuaraan yang membolehkan dia menyamai rekod gelaran Grand Slam paling banyak milik Margaret Court adalah bekas pemain no.1 dunia dan juara Terbuka Perancis, Simona Halep yang pernah ditundukkannya 9 kali daripada 10 pertemuan, termasuk 6 pertemuan terakhir serta statistik yang lebih memihak Serena bagi aksi di gelanggang rumput.
Jadi, memang tepatlah sekiranya Serena menggunakan pukulan padu bak adiwira ‘The Avengers’ untuk mencari titik kebangkitannya di kejohanan Wimbledon ini sebagaimana dia menjadikan kisah kebangkitan Tiger Woods yang tidak mengira pahitnya kesilapan lampau dan kecergasan yang tidak dimamah usia sebagai inspirasi kelangsungan kerjayanya bukan?