Pep Guardiola telah meletakkan penanda aras baru kepada pasukan Inggeris dengan kejayaan mengekalkan kejuaraan Liga Perdana buat Manchester City bagi tahun kedua berturut-turut.
Kejayaan berganda 2017/2018 dan 2018/2019 adalah pencapaian terbesar pernah direkodkan oleh mana-mana jurulatih yang pernah membimbing The Citizens dan ia bermula apabila Guardiola berjaya membawa pasukan kembali dari dua musim ‘ordinary’ kepada ‘luar biasa’.
Dalam keraguan yang heboh diperkatakan ramai, Guardiola memastikan tahun keduanya bersama City membuahkan hasil lumayan. 100 mata diraih menerusi 38 perlawanan liga dalam semusim dengan berjaya mengesahkan kejuaraan lebih awal tanpa tentangan hebat mana-mana pencabar, termasuk pasukan yang paling hampir, Manchester United, yang berpengalaman besar menjulang trofi Liga Perdana.
Enam tahun sebelum itu, City bersama Roberto Mancini telah berjaya membuktikan Manchester lebih baik dengan warna biru selepas pertarungan sengit semusim yang berakhir dengan jumlah mata yang sama. City dan United masing-masing mengumpul 89 mata -- hasil 28 menang, 5 seri dan 5 tewas -- menyaksikan kejuaraan terpaksa ditentukan menerusi jaringan dan defisit gol.
Pedih bukan kepalang, rasa kecewa itu pasti masih terasa buat United yang terpaksa menerima hakikat trofi yang diidamkan terpaksa diserahkan kepada musuh setempat dan ia masih kekal sebagai situasi paling epik dalam penentuan kejuaraan saat-saat akhir Liga Perdana.
Menyentuh pengesahan kejuaraan saat-saat akhir, City antara pasukan bereputasi hebat untuk mendapat kelebihan ini. Ada yang kata ia atas faktor ketenangan yang secara tradisinya sinonim dengan The Citizens tapi secara statistiknya, dalam lapan kali situasi ini berlaku dalam aksi ke-38 liga, City menang tiga daripadanya di mana dua daripadanya direkodkan dengan mengatasi Liverpool.
Musim 2013/2014, setahun selepas kegagalan Roberto Mancini mengekalkan trofi di Etihad, City diambil alih oleh Manuel Pellegrini. Ketika itu, KPI Pellegrini menjadi pemusnah kepada hasrat menamatkan 24 tahun kemarau kejuaraan Liverpool di bawah rejim Brendan Rodgers dengan hanya dibezakan dua mata -- City peroleh 86 mata manakala Liverpool 84 mata.
Lima tahun berlalu, Liverpool tampil lebih ampuh, selari dengan kematangan Jurgen Klopp di Anfield yang mula membimbing pasukan sejak Oktober 2015. Ironinya, cabaran Klopp sama seperti Rodgers, perlu berdepan kesempurnaan City.
“Ini memang musim terbaik kami tetapi selagi Manchester City ada, dengan barisan berkualiti, sumber kewangan yang mantap dan pengurusan yang baik, tak akan ada mana-mana pasukan yang mampu mengatasi mereka dengan mudah. Pasukan itu perlu sangat-sangat hampir kepada kesempurnaan untuk menang Liga Perdana Inggeris.”
Kata-kata jujur yang terlahir daripada Klopp pastinya kerana mengenang kepada tujuh keputusan seri yang direkodkan pasukannya musim ini -- ya, seri lebih baik daripada tewas seperti yang direkodkan bersama Rodgers tetapi ia masih belum cukup.
Jika ada satu perkara yang belum sempurna pada City, ia adalah menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah yang masih belum memihak mereka dalam banyaknya kesempatan untuk beraksi di pentas berprestij itu bersama pengendali yang berpengalaman membawa Barcelona dan Bayern Munich selaku juara.
Ia jelas menjadi KPI yang perlu dilunaskan Guardiola musim depan selepas mengulangi kejayaan berganda liga yang sebelum ini dikatakan hanya mampu dilakukan Manchester United seperti musim 2006/2007 dan 2007/2008 jika kekal semusim lagi.
Di sebalik adaptasi falsafah bola sepak Guardiola yang dilihat memberi nafas baru kepada City, persaingan luar biasa dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana juga secara tidak langsung menyuntik elemen segar dan lebih kompetitif di kalangan pasukan Inggeris -- sebagai contoh Liverpool yang tamat di tangga kedua masih merekodkan 30 kemenangan ketika purata kejuaraan mana-mana pasukan sebelum ini sekitar 28 kemenangan sahaja.
Jadi, dominasi pasukan Inggeris di pentas akhir dua kejohanan Eropah ketika ini memang bukan kejutan.