"Adakah ini bakal jadi penampilan terakhir buat Sporting? Saya tidak tahu, ia keputusan jurulatih."
Itu jawapan bintang tengah, Bruno Fernandes, sewaktu ditanya barisan wartawan di lapangan terbang tatkala dia sedang menyertai skuad Sporting Lisbon bagi menghadapi aksi pra-musim berdepan Liverpool di New York.

Sejak beberapa bulan lalu, nama Fernandes hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United tatkala kelab yang berpangkalan di Old Trafford itu mempersiapkan diri mengenai kemungkinan kehilangan khidmat tonggak tengah, Paul Pogba.
Selepas menarik perhatian beberapa kelab besar Eropah susulan kejayaan mencipta 32 gol dalam 53 penampilan bersama Sporting musim lalu, Fernandes turut membuatkan spekulasi untuk ke England semakin hangat selepas dia tidak menafikan keinginannya untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lebih menarik, jumlah 32 gol itu juga memadamkan rekod pemain tengah dengan jaringan terbanyak selama sembilan tahun milik legenda dan juga pengendali Chelsea ketika ini, Frank Lampard.
Bagaimanapun, terdapat kekangan untuk pemain kelahiran Maia, Portugal itu berhijrah ke England.
Difahamkan, pihak Sporting tidak mahu melepaskan pemain berusia 24 tahun itu dengan nilai kurang daripada GBP70 juta (RM358 juta).

Mengesahkan lagi laporan itu, Presiden Sporting, Frederico Varandas, menegaskan United perlu melakukan bidaan lebih daripada GBP56 (RM286 juta) juta bagi mencerahkan peluang The Red Devils mendapatkan khidmat pemain yang pernah berkelana di bumi Itali selama lima tahun itu.
"Saya tidak tahu sama ada banyak atau sedikit pasukan yang berminat dengan Fernandes. Apa yang pasti, jika dia pergi, pemain yang berkualiti akan hadir. Itu jika dia meninggalkan pasukan," ujar Varandas.
Memandangkan Real Madrid masih belum patah semangat untuk mendapatkan khidmat Pogba, United semestinya dalam langkah berjaga-jaga agar mereka tidak berputih mata gagal mencari pengganti pemenang Piala Dunia 2018 itu dan Fernandes merupakan nama teratas dalam senarai dikehendaki.

Ketika ini, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward, dikhabarkan terlepas jelajah pra-musim buat kali pertama sejak memegang jawatan itu enam tahun lalu dan dia dikatakan sedang sibuk melengkapkan dokumen kemasukan pemain.
Adakah Woodward sedang bekerja keras mendapatkan tandatangan Fernandes dan memenuhi kemahuan pengendali, Ole Gunnar Solskjaer? Atau mungkin dia sedang mengejar khidmat pertahanan England, Harry Maguire, daripada Leicester City serta pemain muda Newcastle United, Sean Longstaff? Tunggu dan lihat.