Perseteruan di antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam sukan bola sepak, telah "bersarang" sejak berdekad-dekad lalu.
Dewasa ini, skuad kebangsaan Malaysia dilihat berada satu aras yang lebih tinggi berbanding Indonesia.
Baik daripada peringkat umur B-16 hingga ke peringkat senior, Harimau Malaya sering menumbangkan skuad Garuda itu sama ada di laman sendiri mahupun di gelanggang lawan.
"Kapan away?" satu persoalan yang sering dilontarkan penyokong Indonesia di ruangan komen laman sosial sejurus selepas Malaysia menewaskan skuad kebangsaan mereka.
Komen bersifat provokatif itu sebenarnya merujuk kepada kurangnya kunjungan penyokong Malaysia ke laman mereka, khususnya di gelanggang keramat, Stadium Gelora Bung Karno (GBK).
Berbeza dengan perlawanan di Thailand mahupun Vietnam, perlawanan di GBK jarang-jarang sekali memperlihatkan penyokong skuad kebangsaan, bahkan hendak dikira dengan jari juga payah.
Jika di tanya penyokong tegar bola sepak Malaysia, jawapannya hanya satu, "faktor keselamatan".
Pemain dan staf kejurulatihan skuad negara pernah dibaling botol, batu dan menghadapi pelbagai keganasan penyokong Indonesia.
Mereka juga terpaksa menaiki Barracuda -- kereta perisai pembawa muatan (APC) buatan Korea Selatan milik Kepolisian Republik Indonesia (POLRI) -- ketika hendak memasuki venue perlawanan.
Sedangkan tiada jaminan keselamatan buat pemain, lalu bagaimana pula dengan penyokong?
Kerisauan itu sememangnya ada asasnya.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Data to Visual seperti yang dilaporkan Vocket FC minggu lalu, sebanyak 68 kes kematian dicatatkan dari 1995 hingga 2018 melibatkan keganasan penyokong bola sepak di Indonesia.
Persebaya merekodkan jumlah kematian paling tinggi sepanjang tempoh itu apabila 16 penyokongnya dilaporkan maut -- hampir dua kali ganda daripada jumlah yang dicatatkan oleh pasukan kedua terbanyak, Arema.
Berdasarkan data itu juga, sebanyak 21 kelab telah sekurang-kurangnya merekodkan satu kematian penyokong dengan majoriti kelab tersebut berpangkalan di Kepulauan Jawa.
Seramai empat mangsa daripada jumlah keseluruhan kes kematian itu adalah ketika perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan Indonesia.
Jadi, perlukah penyokong Malaysia ke Indonesia?
(BERSAMBUNG)