Skip to main content

Advertisement

Rencana

Kalau kasut macam ni, dah lama buang…

boot-grealish.jpg
Jika anda ada bantal busuk untuk tidur, Jack Grealish ada kasut buruk yang dianggap tuah buatnya.

Kasut itu dipakai Grealish, kapten Aston Villa pada perlawanan akhir playoff yang membawa mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Villa mengenepikan cabaran Derby Country yang dibimbing Frank Lampard dengan kemenangan 2-1 di Wembley.

“Apabila saya kembali dari kecederaan, kasut saya dalam keadaan baik. Saya berjaya dapat beberapa gol dan beri bantuan gol. Saya anggap kasut ini beri tuah, jadi saya perlu simpannya,” seloroh Grealish selepas perlawanan final itu.

Walaupun tidak menjaringkan gol, Grealish yang memakai lilitan kapten dalam perlawanan itu dilihat cukup matang walaupun baru berusia 23 tahun.

Grealish yang memulakan karier di Villa, pernah beberapa kali terima tawaran kelab Inggeris lain ketika mereka terpaksa bersaing di saingan Liga Kejuaraan.

Dean Smith, pengurus The Claret yang juga berasal dari kejiranan sekitar West Brom, mula beri lilitan kapten selepas Grealish pulih dari kecederaan.

Semenjak itu, beliau membawa Villa meraih 10 kemenangan berturut-turut dan berjaya memecah rekod yang berusia 109 tahun. 

Smith yang juga penyokong Villa sejak kecil, bersama –sama Grealish dilihat sebagai hero tempatan di Villa Park akan kembali menerima kunjungan pasukan Liga Perdana musim depan.

Kemenangan playoff ini juga memberi Villa minimum 170 juta pound, termasuk nilai komersial dan siaran televisyen untuk musim depan.

Misi ke Liga Perdana dah berjaya, kini Grealish ada satu lagi misi penting : memikat hati Gareth Southgate untuk mendapat kap pertama untuk England.
 

Advertisement

Must Watch Video