Skip to main content

Rencana

KAFA boleh bangkit

kafa.jpg
Kehangatan Liga Malaysia terus digamatkan dengan isu-isu di luar gelanggang. 

Terbaharu, Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mula menggambarkan bahawa musim 2017 adalah musim terkahir Kelantan dalam saingan Liga Malaysia setelah kurang berpuas hati dengan keputusan-keputusan yang diambil dan tekanan yang dikenakan terhadap KAFA.

Penulis fahami apa yang dihadapi oleh KAFA ketika ini memang berat -- sudahlah dibelenggu masalah kewangan, selepas itu dikenakan denda pula oleh badan induk bola sepak negara. 

Ini sudah tentu akan memeningkan kepala pengurusan KAFA untuk menyelesaikannya.

Namun, pada mata penulis, masih ada jalan penyelesaiannya sekiranya semua ahli pengurusan tertinggi KAFA bekerjasama dan berfikir mencari solusi untuk memulihkan kembali persatuan.

KAFA perlu melihat di manakah kesilapan-kesilapan yang telah berlaku sebelum ini. Yang penting, semangat bekerja secara berpasukan dipamerkan dan bukan mengharap kepada seseorang semata-mata.

Di sinilah sebenarnya perancangan dalam pengurusan sesebuah persatuan ataupun kelab perlu dilakukan tapi yang lebih penting, perubahan minda dan sistem bekerja di dalam sesebuah persatuan itu. 

Seseorang individu sahaja untuk mencari dana dan mencipta kejayaan sesebuah pasukan itu.

Selama ini, kita mengharapkan pemain-pemain perlu merubah minda tetapi pengurusan juga perlu kerana daripada pengurusanlah dapat membantu memajukan bola sepak negara.
 
Kepada persatuan yang menghadapi masalah, teruslah berusaha mencari solusi untuk membina kembali kekuatan daripada terus menuding jari kepada pihak lain.

 

Advertisement

Must Watch Video