Skip to main content

Rencana

Jurulatih tempatan atau import lebih 'ummph'?

aidil.jpg
Debaran separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019 semakin dirasai apabila kesemua empat pasukan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Kedah dan Pahang sudah bersedia untuk kembali berentap malam esok.

Ketika JDT berbekalkan kemenangan 2-1 untuk kunjungan ke Stadium Shah Alam bertemu Selangor, Pahang pula mempunyai kelebihan tiga gol di tempat lawan untuk aksi timbal balik menentang Kedah di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Namun, di sebalik situasi itu, perkara lain yang turut menjadi tumpuan adalah kelibat jurulatih setiap pasukan yang sekali lagi akan beradu kekuatan untuk menyerlahkan kredibiliti masing-masing.

Dialam kalangan empat jurulatih yang berjaya membawa pasukan ke separuh akhir, pengendali Selangor, B. Sathianathan, dan jurulatih Pahang, Dollah Salleh, paling berpengaruh dalam kancah bola sepak tempatan.

Begitupun, kedua-duanya masih belum mendapat piala musim ini sebaliknya, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, dan pengendali JDT, Benjamin Mora, sudah membuktikan sentuhan masing-masing menerusi satu piala.

Aidil, dari Singapura, mendapat perhatian kerana meraih kejuaraan pada musim pertamanya dalam Liga Malaysia selepas menunjangi Lang Merah dengan gelaran Piala FA tatkala Mora cemerlang menerusi takhta Liga Super.

Menyerlahkan kehebatan pengendali import setakat ini, saingan Piala Malaysia ternyata menjadi peluang terbaik buat Sathia atau pun Dollah membuktikan aura jurulatih tempatan juga tidak kurang hebatnya.

Apa pun, ketika ini, Selangor dan Pahang mendapat majoriti paling tinggi sebagai pasukan yang mampu meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan berjaya meraih bekalan tersendiri dalam aksi separuh akhir pertama.

Saya tidak menafikan kelebihan yang ada pada dua pasukan itu tetapi sebenarnya, ia bukan jaminan mutlak untuk mereka layak ke pentas final kerana JDT dan Kedah juga memiliki keistimewaan untuk mengorak langkah seterusnya.

Jadi, jurulatih tempatan atau import, siapa lebih 'ummph'?, sama-sama kita nantikan!

Advertisement

Must Watch Video