Siapa sangka, Malaysia sudah ada juara dunia dalam sukan terjun!!!
Awal tahun ini, pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang, mencipta sejarah di bumi Hong Kong dengan muncul juara dunia dalam acara keirin.
Dan kini, Budapest, Hungary menjadi saksi bagaimana anak kelahiran Ipoh, Perak, Cheong Jun Hoong, menawan pentas tertinggi dunia dalam acara 10m platform individu dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2017.
Ya, Jun Hoong bukanlah pilihan untuk muncul juara, apatah lagi bersaing dengan dua musuh tradisi dari China, Ren Qian (juara Olimpik 2016) dan juara dunia 2013, Si Yajie.
Jangan lupa, dalam Kejohanan Dunia 2015 di Kazan, Russia, penerjun Korea Utara, Kim Kuk Hyang, pernah mencipta kejutan untuk mengaibkan penerjun dari China itu.
Di Budapest, tuah nyata memihak Jun Hoong...
Dua terjunan pertama Jun Hoong menyaksikan dia ketinggalan di tempat keempat di belakang dua penerjun China itu, bagaimanapun dia tidak berputus asa dan berjuang sehingga akhir keringat.
Tiga terjunan terakhir, Jun Hoong konsisten memperoleh 80 mata ke atas dalam setiap terjunan dan akhirnya hanya 1.50 mata menjadi pemisah di antara Jun Hoong dan Si Yajie untuk sah penerjun Malaysia itu dinobatkan selaku juara dunia yang baru dengan catatan 397.50 mata!
Riak wajah Jun Hoong sudah cukup untuk menceritakan ia satu impian yang sudah menjadi kenyataan.
Akhirnya, Negaraku berkumandang buat kali pertama ketika upacara penyampaian pingat dalam satu kejohanan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Siapa sangka berdepan saingan yang cukup hebat ini, Jun Hoong tidak tersungkur di bawah tekanan, sebaliknya menyerlahkan kemampuan dalam diri bahawa dia layak untuk berdiri sebaris dengan juara dunia dari China sebelum ini.
Mungkin ramai tidak tahu Jun Hoong seorang yang amat serius dan fokus terhadap tugasan yang perlu dilaksanakan.
Saya sendiri pernah cuba mendapatkan komen Jun Hoong sejurus selepas dia layak secara merit ke Sukan Olimpik Rio dalam saingan Piala Dunia 2016, namun dia tidak mahu memberikan sebarang komen sehingga selesai kesemua tugasan.
Bukan itu sahaja, Kejohanan Piala Dunia ketika itulah merupakan kejohanan kelayakan terakhir ke Sukan Olimpik Rio 2016 kerana dia terlepas kejohanan kelayakan yang lain sebelum itu akibat kecederaan.
Itulah disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Jun Hoong dalam dia mengejar cita-cita untuk bergelar juara dunia.
Dan kejayaan ini juga harus ditujukan kepada siapa lagi kalau bukan ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang, yang tidak serik untuk melahirkan penerjun-penerjun negara yang mampu bersaing di pentas tertinggi dunia.
Atas usaha beliau dan barisan kejurulatihan terjun negara yang lain, Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan ini walaupun mereka terpaksa berulang-alik ke China untuk sesi latihan pusat sepanjang tahun ini.
Syabas dan tahniah Cheong Jun Hoong! Anda lah Wira Malaysia!
Dan 30 Hari menjelang Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kami di Astro Arena sudah tidak sabar untuk menantikan kelibat anda di tanah air sendiri.
#AyuhMalaysiaku #KitaJuara