Ada yang sedih, ada yang menarik nafas lega tetapi jauh di sudut hati, penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ekoran pendemik Covid-19 diterima positif oleh atlit, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan seluruh dunia.
Selepas berminggu-minggu spekulasi bertiup kencang, tekanan diberikan oleh pelbagai pihak, penarikan diri Kanada dan Australia dari menyertai temasya menyaksikan IOC mula berlembut dalam pendirian untuk kekalkan tarikh Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai dan Ogos ini.
Ia meninggalkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe untuk membuat kata putus dalam memberikan persetujuan kepada Presiden IOC, Thomas Bach yang akhirnya memuktamadkan penganjuran temasya yang dikekalkan dengan penjenamaan Tokyo 2020 ini ke musim panas 2021.
Penangguhan ini umpama kemuncak kepada perjalanan suram sukan dunia tahun ini selepas beberapa kejohanan telah pun dibatalkan dan mengalami penundaan, termasuklah saingan bola sepak utama seperti Liga Perdana Inggeris dan Euro 2020.
Keputusan untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan Jepun yang sudah bersedia sejak lebih 5 tahun lalu dengan fasiliti baharu yang dibangunkan khas tetapi mujurlah ia dilakukan pada waktu yang tepat dan atas sebab yang lebih berperikemanusiaan jika dibandingkan dengan edisi 1940 dan 1944 yang dibatalkan kerana perang dunia kedua.
Namun tidak dinafikan, keputusan yang perlu dibuat dalam keterpaksaan ini tetap memberi kedukaan kepada ramai pihak - bukan sahaja para atlit yang bertungkus lumus mendapatkan kelayakan secara merit, tetapi juga para peminat sukan dan petugas media seperti kami yang menanti untuk menjadi saksi kepada impak gabungan 2 perkara terbaik - Jepun, negara matahari terbit yang serba maju dan sukan olimpik, pentas sukan berprestij dunia.
Memetik kata-kata Thomas Bach "Obor Olimpik akan menjadi cahaya di hujung terowong yang gelap" , begitulah hendaknya harapan masyarakat dunia ketika ini di mana sukan bukan sahaja berperanan sebagai medium yang menyatupadukan masyarakat tetapi juga mengubati kesengsaraan yang dialami akibat Covid-19 - semuanya dalam satu temasya yang gilang gemilang dan terpahat indah dalam lipatan sejarah dunia.
Kita jumpa Tokyo 2020 di 2021 nanti.