Skip to main content

Rencana

Juara tahun baru

manchester-city.jpg
2018 hanya tinggal sehari dan saingan bola sepak Eropah ternyata telah menyajikan kisah yang di luar daripada jangkaan yang diramalkan sebelum saingan bermula pada bulan Ogos lalu.
 
Perbelanjaan pada musim panas, pertukaran falsafah permainan, kualiti permainan individu serta peningkatan prestasi dalam skuad ternyata menjadi kunci persembahan yang dipamerkan oleh lima pendahulu liga utama di Eropah, ataupun digelar sebagai juara tahun baru.
 
England
 
Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak pernah memberikan satu jangkaan kepada peminat bola sepak dengan enam pasukan yang bersaing untuk muncul juara. Sementara kelab-kelab seperti Burnley dan Watford memberikan waktu yang sukar kepada pesaing-pesaing utama menambah rencah saingan ini.
 
Selepas mengharungi 21 perlawanan Manchester City menghuni tangga teratas liga dengan mengumpul 58 mata [19 menang satu seri], dan dilihat mampu mengekalkan rentak momentum sekaligus melakar kejuaraan buat kali kelima dalam sejarah The Citizens.
 
Sepanyol
 
Kegagalan Real Madrid mengekalkan rentak yang dipamerkan musim 2016-17 apabila memenangi takhta LaLiga dan Liga Juara-Juara, rata-rata tonggak utama pasukan - Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Gareth Bale gagal mempamerkan persembahan cemerlang sementara dibelenggu masalah kecederaan memberikan laluan kepada seteru mereka, Barcelona.
 
Skuad yang dibimbing oleh Ernesto Valverde memacu saingan dan kemenangan 3-0 dalam aksi El Clasico pada 23 Disember lalu, menjarakkan 14 mata di antara kedua-dua pasukan sementara meninggalkan Atletico dengan sembilan mata di tangga kedua.
 
Jerman
 
Ketika Borussia Dortmund mempamerkan permulaan yang cemerlang di bawah kendalian Peter Bosz, kejatuhan mereka bermula pada perlawanan yang kelapan apabila Dortmund tewas buat pertama kali di laman sendiri selepas 41 perlawanan dan mereka terus gagal mencipta sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan hingga kelab terpaksa memecat bekas pengendali Ajax itu.
 
Kisah sebaliknya berlaku buat Bayern Munich, kekalahan 3-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) menjadi satu laungan kembali kebangkitan buat mereka, mendapatkan semula khidmat Jupp Heynckes dan mereka kini menduduki tangga teratas dengan kelebihan 11 mata ke atas pencabar terdekat, Schalke.
 
Itali
 
Selepas Scudetto didominasi Juventus selama enam musim berturut-turut, kelab seperti Inter, Roma dan Napoli mengorak langkah dengan memberikan saingan yang sengit kepada The Old Lady yang kini menghuni tangga kedua di belakang The Naples.
 
AC Milan yang telah berbelanja sebanyak GBP210 juta (RM1.15 juta) dengan membawa ramai pemain-pemain baru masuk dalam usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Rossoneri, gagal memberikan impak yang seperti dijangkakan dan kini menghuni tangga ke-11.
 
Perancis
 
Monaco mencipta kejutan selepas mengejutkan Paris Saint-Germain (PSG) apabila menjulang gelaran Ligue 1 buat kali pertama sejak 17 tahun dengan pemain-pemain seperti Kylian Mbappe, Bernardo Silva, Valerie Germain dan Tiemoue Bakayoko.
 
Bagaimanapun, penghijrahan ramai pemain daripada skuad kendalian Leonardo Jardim itu, PSG kembali menguasai saingan dan kehadiran pemain termahal dunia, Neymar meletakkan Les Parisiens selesa di persada liga.
 

Advertisement

Must Watch Video