Mungkinkah persembahan hambar Liverpool kebelakangan ini berpunca daripada kesilapan mereka sewaktu jendela perpindahan musim panas lalu?
Kekalahan 1-4 Liverpool di tangan Manchester City kini menyebabkan pasukan juara bertahan itu ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga.
Kekalahan tersebut merupakan yang ketiga berturut-turut di halaman sendiri dan mereka memungut kurang 27 mata berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ramai yang mengatakan keadaan sebegini tidak akan berlaku jika krisis kecederaan di bahagian pertahanan yang menyaksikan Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip tidak dapat beraksi kesemuanya, tetapi ada satu faktor lain yang harus diperhatikan juga, iaitu pembelian pemain baru mereka sebelum musim baru bermula.
Menurut analisis yang dilakukan laman sesawang Skysports.com, kesilapan utama Liverpool adalah menjual pemain pertahanan tengah, Dejan Lovren, dan tidak membeli pemain lain untuk menggantikan tempatnya.
Lovren bukanlah pemain yang popular di dalam skuad Liverpool tetapi hakikatnya adalah sewaktu dia beraksi dalam kesebelasan utama pada bulan November dan Disember 2019, Liverpool berjaya memenangi kesemua perlawanan dan mengekalkan momentum dengan stabil.
Mungkin Jurgen Klopp berpendapat bahawa pemain-pemain muda seperti Nat Phillips dan Rhys Williams mampu untuk menjadi lebih menonjol musim ini dan boleh disandarkan jika ada krisis yang berlaku tetapi nampaknya kepercayaan tersebut tidak lagi realistik.
Sejak bulan Januari tahun ini, Liverpool meletakkan kapten pasukan, Jordan Henderson, di bahagian pertahanan tengah, namun hasilnya mereka hanya mampu meraih 7 daripada 21 mata yang dipertaruhkan.
Kesilapan kedua Liverpool adalah dengan merisikokan pemain penyerang mereka, Diogo Jota, dalam perlawanan yang teramat tidak bermakna.

Cukup menghairankan mengapa Klopp memilih untuk menurunkan Jota dalam perlawanan menentang FC Midtjylland dalam Liga Juara-Juara Eropah pada bulan Disember tahun lalu sedangkan perlawanan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan pun terhadap pasukan.
Pada tempoh waktu itu, Jota sudah menjaringkan sembilan gol untuk Liverpool dan menunjukkan persembahan yang amat konsisten, malangnya dia tercedera dalam perlawanan tersebut dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya enam minggu.
Biarpun Liverpool masih lagi mampu menaruh harapan terhadap Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino, ketiadaan Jota ternyata cukup dirasakan dalam usaha mereka untuk merobek gawang lawan.
Biarpun dia bakal kembali tidak lama lagi, mampukah dia menemui semula rentaknya seperti waktu sebelum dia dibelenggu kecederaan, ditambah lagi dengan tekanan besar yang dihadapi seluruh pasukan ketika ini?
Faktor ketiga adalah Thiago Alcantara.
Dia disebut-sebut sebagai pemain yang mampu menyuntik kreativiti bagi memecahkan pertahanan lawan, namun persembahan Thiago sebenarnya tidak banyak membantu dalam usaha Liverpool untuk memburu kemenangan.

Sememangnya dia lincah, bermain dengan halus dan cantik, malah jumlah hantaran yang dilakukan oleh Liverpool telah meningkat dengan banyak sekali sejak kehadiran Thiago tetapi bagaimana hasilnya di penghujung hari?
Liverpool hanya berjaya memenangi tiga perlawanan sejak Thiago pulih daripada kecederaan baru-baru ini dan salah satunya adalah menentang pasukan muda Aston Villa, itu hakikatnya.
Antara punca kejayaan besar Liverpool musim lalu adalah usaha daripada tiga pemain tengah mereka - Jordan Henderson, Gini Wijnaldum dan Fabinho.
Kini, Klopp terpaksa merombak semula sistem yang telah terbukti keberkesanannya demi mewujudkan ruang buat Thiago.
Adakah ini berbaloi?
Pada detik ini, jelas sekali Liverpool memerlukan pemain pembelian baru yang berkualiti tinggi untuk menyelamatkan saki-baki musim mereka, namun itu juga bukanlah perkara yang terjamin.
Juara bertahan ternyata sudah tergelincir dari takhtanya.