Prestasi skuad hoki negara dalam program jelajah Eropah ketika ini mencuri tumpuan.
Kejayaan menumbangkan Jerman, ranking ketujuh dunia, 4-2 dalam aksi ujian di Krefeld cukup manis kerana gergasi itu bekas juara dunia dan Sukan Olimpik.
Kurang seminggu kemudian, skuad kendalian Roelant Oltmans cipta sensasi apabila menewaskan Sepanyol (ranking ke-9 dunia), 4-3 pada aksi sulung Kejohanan 4 Negara di Barcelona.
Apa yang berlaku?
Kejayaan ini mengejutkan banyak pihak kerana Malaysia merehatkan beberapa pemain di tanah air.
Adakah kerana taktikal Oltmans?
Apa yang saya tahu, pengendali kelahiran Belanda itu mengadakan sesi latihan fizikal yang keras selepas tamat sambutan Aidilfitri hingga ada pemain yang mengadu tubuh badan mereka mula sakit.
Tetapi saya fikir, mungkin hasilnya mula kelihatan di Eropah.
Biasanya, Malaysia berdepan masalah menentang lawan benua itu kerana stamina pemain akan berkurangan selepas suku ketiga.
Namun, keadaan nampak kian baik. Saya tidak boleh komen panjang kerana tidak mengikuti program latihan di Eropah ini tetapi apa yang pasti, ramai yang gembira dengan apa yang dilakukan The Malaysian Hockey Tigers ketika ini.
Masih ada tiga bulan menjelang aksi play-off Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Jika keadaan ini berterusan, Malaysia ada peluang baik untuk menewaskan sama ada Jerman, Great Britain, New Zealand atau Kanada.