Skip to main content

Rencana

Jerman sedia anjur UNIVERSIADE 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

universiade.jpg
Sekali lagi pada tahun ini, Jerman menganjurkan salah satu temasya sukan terbesar di dunia yang akan membuka tirai dari 16 hingga 27 Julai 2025 melibatkan lebih daripada 8,500 atlet dan pegawai dari lebih 150 negara yang akan menyertai Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) FISU 2025.

Jika bercakap mengenai Jerman, pastinya Berlin yang akan datang ke minda terlebih dahulu, tetapi untuk UNIVERSIADE kali ini, ia akan lebih banyak berlaku di rantau Rhine-Ruhr dan akan ada 18 jenis sukan yang dipertandingkan.

Semua acara yang terlibat akan tersebar di 23 tempat di bandar Bochum, Duisburg, Essen, Hagen dan Mülheim an der Ruhr, manakala Berlin akan menganjurkan pertandingan renang, terjun dan bola tampar. Ibu negara telah ditambah sebagai salah satu venue yang akan digunaka kerana beberapa perubahan perlu dibuat pada perancangan acara, dan infrastruktur yang diperlukan untuk menganjurkan sukan secara mampan lebih tersedia di Berlin.

Majlis perasmian temasya itu akan berlangsung di Schauinsland-Reisen-Arena Duisburg pada 16 Julai 2025 dengan jangkaan 28,000 penonton dan akan berakhir pada 27 Julai 2025, dengan upacara penutupan yang pastinya dinantikan ramai di hadapan 25,000 penonton di Landschaftspark Duisburg-Nord.

Sejumlah 93 orang kontinjen Malaysia yang akan terlibat dalam temasya ini terdiri daripada 64 orang atlit (39 lelaki dan 25 wanita) dan selebihnya merupakan pegawai yang diperlukan. Untuk rekod, Malaysia memperoleh 1 emas, 1 perak dan 5 gangsa unutk keseluruhan 7 pingat dalam edisi yang lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video