RENCANA
JDT perjalanan menuju kemuncak...
Biar apa pun persepsi yang dilemparkan pada pasukan bintang ini aku tetap punya rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.Kalau nak diikut cerita dan perang di media sosial tak terkejar dek pelbagai komen dari semua pihak.Yang tak suka akan mencaci dengan apa saja cara demi kepuasan maksimum.Yang kesudahannya, yang menjadi persoalan di mana pasukannya berada.
Kredit juga berhak dimiliki Pahang yang berjaya juga melangkah ke aksi suku akhir. Baik balik kepada Johor Darul Takzim atau JDT.
Bermula untuk berubah yang memerlukan komitmen menyeluruh.Pengorbanan ini memerlukan sokongan semua pihak.
Iklan
Tunku Mahkota Johor telah membawa dimensi baru bolasepak negara yang cukup membuatkan ramai ini hati. Sebut saja apa yang tak dilakukan.Borussia Dortmund, Valencia dan pelbagai langkah pro aktif diambil sudah membuahkan hasil.Kebanjiran pemain pemain kebangsaan juga menjadikan JDT seolah olah pasukan Malaysia.Elemen positif pada hemat aku adalah bagaimana pemain kebangsaan ini terpaksa bekerja keras untuk mendapat tempat dihati pasukan kejurulatihan.
Kehadiran Ismail Ibrahim selaku penolong Jurulatih, Khairul Azman jurulatih penjaga gol dan fisioterapi tempatan Mohd Fariq Mohd Yusof bekas junior aku di UITM menambah rasa bangga aku.Setidak tidaknya anak Melayu sudah berada dalam kelompok pengurusan bolasepak terbaik dan era moden masa kini.
Kejayaan JDT juga membuat aku merenung sejenak, apa kah pasukan pasukan kelab lain belajar dengan apa yang dilakukan kini.
Ayat ayat "takpa la dia orang duit banyak ", mana nak cari duit dan banyak lagi akan jadi pilihan wajib jawapan yang akan diberikan.
Sudah tiba masa nya pengurusan pasukan mula memikirkan bagaimana hala tuju pasukan masing masing jika mahu menjadi seperti JDT.Tak salah meniru benda yang baik.Salah Kalau sekadar mengeluh dan berdiam diri.Tepuk dada tanya hati.
Buat semua rakyat Malaysia ayuh kita doakan kejayaan buat JDT di pentas final Piala AFC kali ini.
Bagi pemain pula selamat maju jaya yakin boleh...
Must-Watch Video