Aksi ke-10 saingan Liga Super minggu lalu menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) terus menguasai takhta liga selepas menewaskan PKNS FC 3-1 di Larkin dan kini meraih 26 mata.
Mengekori rapat ialah Pahang, yang kini meraih 24 mata selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak minggu lalu, sekali gus turut mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga setakat ini.
Mungkin terlalu awal buat penulis katakan, namun berlandaskan aksi terkini JDT dan Pahang, penulis berasakan kedua-dua pasukan ini adalah pencabar utama kejuaraan musim ini.
Ini menjadi pandangan penulis kerana saingan musim ini menyaksikan JDT dan Pahang tampil lebih konsisten berbanding pasukan lain dan mungkin, persaingn dua seteru utama ini akan mirip perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester City musim ini.
Selangor kini semakin mengukuhkan kedudukan apabila menewaskan PKNP FC 2-1 minggu lalu, untuk menghuni tempat ketiga Liga Super.
Namun, jarak antara Selangor dengan pasukan di tangga keempat, Kedah dan kelima, Melaka hanya satu serta dua mata.
Sekali gus Selangor perlu kekal konsisten selepas ini, serta juga perlu menambah keampuhan benteng pertahanan yang sudah dibolosi 18 gol hasil daripada 10 perlawanan.
Saingan di kelompok lima pasukan terbawah Liga Super juga tidak kurang hebatnya dengan pasukan di tangga kelapan PKNP FC dan tangga tercorot, Kuala Lumpur hanya dipisahkan dengan tiga mata.
Apa pun jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan dibuka pada 2 Mei depan dan seperti musim-musim sebelum ini, pasukan yang mahu membuat perubahan tonggak import dan tempatan sesuai pasti mampu memberi impak positif buat pasukan.