Di Selatan tanah air, Stadium Sultan Ibrahim menjadi mercu kebanggan Johor Darul Takzim dan bola sepak Malaysia.
Bersandarkan kepada seni bina luar biasa dan kelengkapan serba moden, stadium itu meniti pengembaraan menjadi sebuah venue ikonik.
Bercerita soal stadium yang memiliki elemen keramat, Stadium Shah Alam, sinonim dengan bola sepak Selangor pula sebaliknya.
Badan pengelola Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengeluarkan notis larangan penggunaan Stadium Shah Alam enam hari sebelum The Red Giants menerima kunjungan Perak.
Ini atas dasar keselamatan membabitkan keusangan bumbung Stadium Shah Alam.
Aduh, Kasihan.
Kasihan kepada pengurusan baru berusia semusim yang terpaksa menanggung kesan daripada ketirisan rejim lama.
Kasihan juga kepada penyokong salah sebuah pasukan berstatus bekas gergasi bola sepak Malaysia.
Sekalipun ibarat jatuh ditimpa bumbung runtuh, Stadium Shah Alam bukanlah Selangor dan Selangor bukanlah Stadium Shah Alam.
Sejak 1994, Selangor sekadar berstatus penumpang sahaja.
Moga ini jadi permulaan kepada Selangor memiliki 'home' yang sebenar satu hari nanti.
Musim ini mainlah di mana pun dulu, janji kemenangan jadi habuan.