Skip to main content

Rencana

Jaringkan gol...

271016-bola-tiang-gol.jpg

Isnin nanti pasukan negara akan bermain dengan Papua New Guinea jam 3 petang. 

Pada 17 Jun yang lepas kita tewas pada pasukan yang  rankingnya ke-173 dengan jaringan 2-0.

Ketika itu pemain di dalam pasukan itu masih mempunyai kelibat pemain-pemain yang belum bersara dan ketika ini pemain yang berada di dalam pasukan kali ini berbeza.

Gabungan pemain senior dan pemain muda pasti akan membuatkan  percaturan Datuk Ong Kim Swee pasti ditunggu-tunggu oleh ramai peminat dan pemerhati bolasepak apa yang bakal terjadi di Myanmar bagi saingan Piala Suzuki AFF 2016.

Kita kena menang dengan apa cara sekali pun dan yang paling penting adalah kita kena menjaringkan gol.

Peluang serta ruang yang ada nanti perlu digunakan. Jika melihat kepada senarai penyerang pasukan ini, Amri Yahyah, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Sapawi dan Hazwan Hadin mampu lakukan.

Walaupun rekod dalam liga senarai penjaring pemain tempatan begitu jauh jarak jaringannya dengan pemain import yang pasti kelibat Safee Sali, Matyo dan Amri sebagai pemain berpengalaman harus diguna pakai.

Apa yang OKS perlukan adalah perancangan taktikal bagaimana nak menggunakan pemain pengalaman ini untuk digandingkan dengan pemain muda seperti Daren Liew, dan Hazwan Bakri jika diturunkan nanti.

Kalah dengan Indonesia 3-0 lebih kepada kesilapan induvidu di bahagian pertahanan. 

Seri dengan Singapura yang sepatutnya kita boleh menang jika di bahagian serangan dapat menjaringkan gol dan Afganistan seri 1-1 dalam situasi yang masih tercari-cari rentak permainan yang baik.

Tetapi perkara yang sama adalah ketandusan idea bila penyerang dan pemain atau induvidu personalliti sebagai penjaring gol masih tiada dalam pasukan Malaysia.



Daripada tiga perlawanan ini menampakkan jentera serangan begitu kurang dari segi pemain yang hendak menjaringkan gol. 

Tolak perlawanan dengan Indonesia daripada kesilapanan pemain pertahanan Singapura dan Afghanistan kita kekurangan pemain dari jentera serangan untuk mendapatkan gol.

Seri dengan Singapura disebabkan tidak menjaringkan gol walaupun ruang dan peluang yang banyak. 

Seri dengan Afghanistan, pemain daripada sebelah kiri, Hadin menjaringkan gol.

Dengan memanggilkan balik Safee, Amri, Matyo yang suatu ketika dulu antara penyerang terbaik negara OKS perlu menggunakan pemain muda yang ada untuk berganding dengan mereka dan sekurang-kurangnya gol harus dijaringkan.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found