Seminggu ini, sejak kekalahan tiga kali berturut-turut pasukan Liverpool dalam saingan Liga Juara Juara Eropah, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA, maka ramailah 'haters' yang muncul membahan, mentertawakan dan mengeji pasukan The Reds. Bukan sebab apa, tapi sebab dah lama sangat tak kalah! Kan? Silalah masuk gua hehe...
Lebih menyedihkan, barisan serangan tiga serangkai Salah-Firmino-Mane gagal meledakkan waima sebarang gol pun. Dengan tewasnya mereka kepada pasukan Watford 3-0 dalam saingan liga, maka gagallah Jurgen Klopp mahu menyamai rekod 'The Invisible' milik The Gunners. Selain itu, dengan terkeluarnya mereka dari saingan Piala FA selepas tumbang kepada Chelsea 2-0, maka berkuburlah harapan Liverpool untuk menjulang 'treble' seperti yang dilakukan pasukan hebat Manchester United suatu masa dahulu. Kejuaraan Liga Juara-Juara yang dimenangi tahun lalu juga mungkin terlepas dari genggaman andai gagal menundukkan Atletico Madrid dalam perlawanan timbal balik di Anfield.
Tapi, itu semua hanyalah kegagalan-kegagalan kecil yang boleh diketepikan kerana sasaran utama Liverpool adalah muncul juara liga kerana mereka ketandusan gelaran tersebut sejak 30 tahun yang lalu. Macam tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya. Sebab itu Dayang mengatakan, dengan jurang mata yang terlalu jauh dengan pasukan di tangga kedua, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima andai Liverpool gagal meraih gelaran juara liga musim ini.
Tidak mengapa jika terkeluar dari Piala FA mahupun Liga Juara-Juara Eropah, tetapi jika gagal memenangi liga, jahanam! kerana penantian satu penyeksaan!
Lihat sahaja bagaimana lagenda mereka, Steven Gerrard yang merupakan ikon kelab, memiliki segala piala dalam sejarahnya sebagai pemain kecuali gelaran juara liga! Tak ke pelik tu?!
Jadi, Jurgen Klopp harus menggunakan apa sahaja cara untuk terus memenangi baki perlawanan liga dan mengesahkan kejuaraan lebih awal. Dayang percaya momentum pasukan sudah tentu terganggu selepas terlalu lama berada di kayangan, sekali dengan tak semena-mena tewas tiga kali berturut-turut.
Pertemuan berdepan Bournemouth harus ditamatkan dengan tiga mata kepada Liverpool andai mahu kembali mendapat rentak kerana selepas itu, mereka akan menerima kunjungan Atletico Madrid yang mempunyai kelebihan satu gol. Harus diingat, Liverpool gagal menghasilkan sepakan tepat sewaktu bermain di Stadium Metropolitano.